Page 339 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 339

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                IIQ2010     FIQH AL-KITAB WA AL-SUNNAH
                            Kursus ini membincangkan tentang sejarah perkembangan tafsir ayat al-ahkam, tokoh dan karya-
                            karya yang dihasilkan sama ada dalam  perspekstif  klasik  atau  moden. Pelajar juga didedahkan
                            tentang sebab perselisihan mufassir dalam tafsir ayat hukum, kaedah-kaedah tafsir ayat al-ahkam
                            dan beberapa ayat al-ahkam terpilih yang melibatkan isu seperti akidah, taharah, ibadat, munakahat
                            dan lain-lain. Kursus ini turut membincangkan hadith-hadith hukum daripada beberapa kitab syarah
                            hadith hukum terpilih. Penelitian dilakukan terhadap metode dan kaedah yang diaplikasikan oleh
                            ulama hadith dalam mengupas hadith-hadith hukum dalam beberapa topik terpilih seperti  zakat,
                            puasa, haji, jual beli, pernikahan, jenayah, hudud, jihad dan lain-lain.
                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.  Menjelaskan tafsir ayat hukum dan hadith-hadith hukum. [C3, P2, A3]
                            2.  Mengenalpasti metode dalam menghuraikan ayat-ayat hukum dan hadith-hadith hukum. [C3, P2,
                               A3]
                            3.  Membezakan bentuk-bentuk tafsir ayat hukum dan hadith hukum. [C3, P2, A3]
                            Rujukan
                            1.  ‘Ali bin Sulayman al-‘Abid (2010), Tafasir Ayat al-Ahkam wa Manahijuha, Riyad: Dar al-
                               Tadmuriyyah.
                            2.  Muhammad ‘Ali al-Sabuni (2011), Rawa`i al-Bayan Tafsir Ayat Ahkam min al-Quran, Damsyiq:
                               Maktabah al-Ghazali.
                            3.  Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (2012), al-Jami` li Ahkam al-Qur’an,
                               Beirut: Muassasah al-Risalah.
                            4.  Abdullah al-Bassam (2011) Tawdih al-Ahkam Sharh Bulugh al-Maram, Mekah: Dar al-Nahdah.
                            5.  Muhammad Sulayman al-Farra (2012) Ahadith al-Ahkam wa Asyhar Mu’allifatuha, Ghazzah: al-
                               Jami`ah al-Islamiyyah.
                            6.  Abd al-Ilah al-Hawri, 2008, Asbab Ikhtilaf al-Mufassirin fi Tafsir Ayat al-Ahkam, Dimashq : Dar al-
                               Nawadir.
                            7.  Qahtan Abd al-Rahman al-Duri (2003), Safwah al-Ahkam min Nayl al-Awtar wa Subul al-Salam,
                               Amman : Dar al-Furqan.

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
                            3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2

                IIQ3001     AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYYAH
                            Kursus ini memperkenalkan falsafah Islam meliputi definisi, sumber dan faktor perkembangannya. Ia
                            juga membincangkan isu-isu utama pemikiran falsafah dalam Islam seperti hubungan falsafah dengan
                            syarak, klasifikasi ilmu,  persoalan takwil dan pembangunan  insan. Semua isu ini  dikupas
                            bersumberkan warisan para ahli falsafah Islam sepanjang zaman. Pemikiran tokoh-tokoh falsafah
                            Islam tentang isu-isu berkenaan akan diketengahkan dari sumber asalnya dengan huraian dan
                            analisis semasa.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

                            1.  Menghuraikan makna, tujuan, kepentingan, sejarah perkembangan dan pembahagian falsafah
                               dalam Islam.  [C1]
                            2.  Membezakan aliran  falsafah Islam dan karya utamanya secara  mahir  dan praktikal bagi
                               menangani cabaran pemikiran falsafah semasa. [C2]
                            3.  Membanding pemikiran falsafah dengan pemikiran lain dalam Islam seperti pemikiran Kalam,
                               Usul Fiqh dan Tasawuf sebagai  asas kemahiran  mengurus  maklumat  dan pembelajaran
                               sepanjang hayat.  [C4]

                            Kemahiran Insaniah
                            1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
                                                   339
   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344