Page 347 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 347

Buku Panduan Program Ijazah Dasar 2017/2018


                                3.  Mayer, Ann Elizabeth (1999), Islam and Human Rights: Tradition and Politics. Boulder and
                                   San Francisco: Westview Press.
                                4.  Hussain, Shaukat (1996), Hak asasi manusia dalam Islam. Gema Insani Press.
                                       Kamali, Mohammad Hashim (1999), The dignity of man. Ilmiah Publ.
                                5.  Monib, M., & Bahrawi, I. (2011). Islam dan hak asasi manusia dalam pandangan Nurcholish
                                   Madjid. Gramedia Pustaka Utama.
                                6.  Donnelly, J. (2013). Universal human rights in theory and  practice. Cornell
                                   University Press.

                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
                                2.  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3

                       IIX2006   APLIKASI SEMASA ILMU FALAK
                                Kursus ini memberi penjelasan tentang bagaimana ilmu falak diaplikasikan dalam kedidupan
                                masyarakat di  Malaysia. Pendedahan  awal tentang pengenalan ilmu falak dapat  memberi
                                pengetahuan kepada  pelajar  tentang kepentingannya dalam  aspek ibadah umat  Islam di
                                Malaysia. Menerusi kursus ini juga pelajar dapat mengetahui secara asas bagaimana peranan
                                ilmu falak dalam penentuan awal bulan Islam, hari raya, waktu solat dan arah kiblat.
                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.  Mengetahui secara asas tentang ilmu falak [C3, P3, A3]
                                2.  Mengetahui bagaimana ilmu falak diaplikasikan dalam penentuan awal bulan Islam dan
                                   penentuan hari raya [C3, P3, A3]
                                3.  Mengetahui bagaimana ilmu falak diaplikasikan untuk penentuan waktu solat dan arah
                                   kiblat [C3, P3, A3]

                                Rujukan
                                1.  Ilmu Falak, Baharrudin Zainal (2004), Dewan Bahasa dan Pustaka
                                2.  Kaedah  penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di Malaysia, JAKIM (2004),
                                   Jabatan Kemajuan Islam.
                                3.  Kalendar Islam Antarabangsa, Mohammad Ilyas (1999), Dewan Bahasa dan Pustaka
                                4.  Kaedah Panduan Falak Syarie, JAKIM.
                                5.  A  Modern Guide to Astronomical Calculations of  Islamic calendar, times & qibla,
                                   Mohammad Ilyas (1984), Berita Publishing.
                                Kemahiran Insaniah
                                1.  Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                                2.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                                3.  Kerja Berpasukan: TS1-TS2

                       IIX2007   PEMIKIRAN KRITIS ISLAM
                                Kursus ini akan  difokuskan kepada perbincangan tentang kandungan ajaran Islam yang
                                menggalakkan  pemikiran kritis menerusi gugusan  ayat-ayat al-Qur'an  dan al-Hadith serta
                                amalannya di kalangan para sahabat dan al-salaf  al-salih. Turut  ditekankan ialah tentang
                                konsep dan criteria pemikiran kritis Islam, perbandingannya dengan pemikiran kritis Barat,
                                sejarah kemunculannya dalam peradaban Islam, beberapa contoh pandangan beberapa tokoh
                                pemikir Islam seperti Ibn Khaldun, al-Ghazzali dan Yusuf al-Qaradhawi tentang pemikiran kritis
                                akan turut dibincangkan.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.  Mengenal pasti ayat-ayat al-Quran dan teks-teks hadis yang berkaitan dengan konsep dan
                                   elemen pemikiran kritis. [C3, P2, A2]
                                2.  Menganalisis kriteria-kriteria pemikiran kritis menggunakan ayat-ayat al-Quran dan teks-
                                   teks hadis pilihan yang berkaitan. [C4, P2, A2]
                                3.  Mengaplikasikan pandangan Islam tentang akal dan fungsi utamanya dalam pemikiran
                                   kritis. [C3, P2, A2].


                                                   347
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352