Page 44 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 44
VISI
Untuk diiktiraf di peringkat global sebagai program yang terkemuka dalam bidang Syariah dan Ekonomi.
MISI
Untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Syariah dan Ekonomi dengan menyediakan
pendidikan yang terkini.
MATLAMAT PROGRAM
Untuk memajukan bidang pengajian Syariah khususnya Ekonomi Islam berasaskan tradisi keilmuan
Islam dan kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir program Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Ekonomi), graduan dapat:
PO1 Menguasai ilmu yang mencukupi dalam bidang Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO2 Menggunakan kemahiran teknologi dalam memproses maklumat dan menganalisis isu-isu
Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO3 Mempamerkan kemahiran sosial dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dalam
menyelesaikan isu-isu berkaitan Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO4 Mengamalkan nilai beretika, profesionalisma dan integriti dalam penyelidikan Syariah
khususnya Ekonomi Islam.
PO5 Berkomunikasi dengan berkesan, kerja berpasukan dan mempunyai kemahiran kepimpinan
dalam bidang Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO6 Menggunakan kemahiran saintifik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berkaitan Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO7 Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan berkeupayaan untuk pembelajaran
sepanjang hayat dalam bidang Syariah khususnya Ekonomi Islam.
PO8 Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam memberi khidmat
perundingan berkaitan Syariah khususnya Ekonomi Islam.
44