Page 40 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 40
6. Haron Din (2013), Hukum Hudud dalam Perundangan Islam, Shah Alam: PSN
Publications Sdn. Bhd.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kerja Berpasukan
3. Kemahiran Kepimpinan
IID3003 FIQH AL-AYMAN WA AL-NUZUR (BA)
Fokus diberikan kepada konsep dan falsafah sumpah dan nazar, peraturan-peraturan,
cara pelaksanaan, penjenisan, kesan-kesannya di sudut syarak serta kaffarah dan
hukuman bagi pelanggaran keduanya.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti konsep sumpah dan nazar.
2. Mengenal pasti hukum-hukum berkaitan sumpah dan nazar berdasarkan situasi
bagaimana ia berlaku. Merumuskan kesan-kesan apabila berlaku pelanggaran
sumpah dan nazar.
3. Mengilustrasi kaedah sumpah dan nazar yang betul.
Rujukan
1. Abu Faris, Muhammad Abd al-Qadir (1988), Kitab al-Ayman wa al-Nuzur. Jordan: Dar
al-Arqam.
2. Al-Zuhayli, Wahbah, (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Beirut: Dar-al-Fikr.
3. Ibn Rushd, (t.t), Bidayat al-Mujtahid. Beirut: Dar al-Kitab al-`Ilmiyyah.
4. al-Khin, Mustafa dan al-Bugha, Mustafa (2012), al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-
Imam al-Shafi'e, Damsyiq: Dar al-Qalam.
5. al-Zuhayli, Wahbah, (2013), Mawsu'ah alFiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu'asarah,
Damsyiq: Dar al-Fikr al-Mu'asar.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Etika dan Moral Profesional
IID3004 FIQH AL-IKHTILAF(BA)
Kursus ini membincangkan konsep ikhtilaf, bentuk-bentuk, faktor-faktor, sejarah
perkembangan, kesannya dalam masyarakat serta prinsip dan kaedah dalam menganai
ikhtilaf. Fokus juga diberikan kepada beberapa aspek persoalan yang menjadi subjek
ikhtilaf di kalangan fuqaha’.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti konsep dan latarbelakang perkembangan ikhtilaf dalam syariat Islam
serta menyenaraikan faktor berlakunya ikhtilaf di kalangan fuqaha'.
2. Menghuraikan prinsip dan adab ikhtilaf yang diperlukan ketika berlakunya khilaf
dalam persoalan furu` fiqhiyyah.
3. Menilai pandangan dan kaedah yang diaplikasi oleh fuqaha' dalam isu-isu yang dikaji
dan merumuskan satu pandangan yang terpilih.
4. Mengaplikasi kaedah pengurusan ikhtilaf yang sesuai ketika berhadapan dengan
permasalahan khilafiyyah semasa.
Rujukan
1. Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath (1985), Dirasat fi al-Ikhtilafat al-Fiqhiyyah.
Kaherah: Dar al-Salam.
2. Al-Qaradawi, Yusuf (1987), Al-Sahwat al-Islamiyyah bayna al-Ikhtilaf al-Masyru` wa
al-Tafarruq al-Madhmum. Kaherah: Dar al-Syuruq.
40