Page 76 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 76

RINGKASAN KURSUS ELEKTIF PROGRAM

                  IIG1001       PENGANTAR SAINS POLITIK ISLAM (BM/BI)

                                Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan ilmu sains politik untuk pelajar syariah. Ia
                                bertujuan  mendapatkan gambaran mengenai definisi sains politik; mendapatkan gambaran
                                mengenai isu-isu negara, kuasa, ideologi politik, teori pengasingan kuasa dan demokrasi.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menghuraikan konsep-konsep  asas sains politik seperti, kuasa, autoriti negara,
                                    kerajaan, sistem politik dan teori pengasingan kuasa.
                                2.   Mengenalpasti pendekatan  pengajian Sains Politik dari zaman klasik hingga
                                    kontemporari.
                                3.   Menentukan bentuk institusi politik seperti sistem presiden dan parlimen, sistem satu
                                    parti dan lain-lain.

                                Rujukan
                                1.   Micheal J.Roskin (et.al) (2012), Political Sciences: An Introduction. New Delhi : Prentice
                                    Hall.
                                2.   Shively, W. P. (2011). Power & Choice: An Introduction To Political Science. McGraw-
                                    Hill.
                                3.   Abdul Rashid  Moten, Syed Serajul Islam(2011),  Introduction to Political Science.
                                    CENGAGE Learning: Kuala Lumpur.
                                4.   Lasswel, H. (1950), Politics : Who Gets What, When and How?.  New York : Peter Smith
                                5.   Dahl, R.A (1965), Modern Political Analysis. New Delhi, Prentice Hall.
                                6.   K. Ramanathan (2005), Asas Sains Politik, Fajar Bakti, Kuala Lumpur
                                7.   Moten, A. R. (2013). Politics: An Islamic Perspective. Intellectual Discourse, 1(1).
                                8.   Al-Qasimi, Z. (1990). Nizam al-Hukm fi al-Shari'ah wa al-Tarikh al-lslami.Beirut: Dar al-
                                    Nafais.

                                Kemahiran Insaniah
                                1.   Kemahiran Komunikasi
                                2.   Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

                  IIG1002       SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK ISLAM (BM/BI)

                                Kursus ini  bertujuan memberikan pendedahan  kepada  pelajar mengenai perkembangan
                                politik Islam dalam sejarah pemerintahan kerajaan Islam di zaman lampau. Ini termasuklah di
                                zaman Rasulullah SAW, zaman Sahabat, Tabi`in dan seterusnya.
                                Selain dari mendedahkan fakta sejarah kepada para pelajar, kursus ini akan dijalankan dalam
                                bentuk analisis dan perbincangan secara kritis terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini
                                termasuklah menilai sumber-sumber sejarah dan kaedah mengambil  pengajaran
                                daripadanya.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat;
                                1.   Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat  mengenai perkembangan politik
                                    Islam.
                                2.   Mengenalpasti contoh aplikasi politik yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
                                3.   Mengkaji pembentukan idealogi politik di dalam sejarah Islam.

                                Rujukan
                                1.   Lukman Thaib (1998). Politik Menurut Perspektif Islam. Kajang:  Synergymate Sdn.
                                    Bhd.
                                2.   Lukman Thaib (2016),  Discourse on Islamic Political Thought, Kuala Lumpur,
                                    Department of Siasah Syar`iyyah, UM.


                                                      76
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81