Page 79 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 79

Kemahiran Insaniah
                                1.   Kemahiran Komunikasi
                                2.   Kerja Berpasukan
                                3.   Etika dan Moral Profesional

                  IIG2003       ETIKA AHLI POLITIK ISLAM (BM/BA)

                                Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada adab-adab dan peraturan yang digariskan
                                oleh Islam dalam menjalankan kegiatan politik dan pentadbiran. Etika merupakan satu elemen
                                yang amat penting dalam politik kerana ia dapat memimpin ahli politik dan masyarakat kepada
                                kegiatan politik yang sihat dan membina. Kursus ini merangkumi definisi etika politik dan etika-
                                etika berpolitik seperti ikhlas, amanah, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh, istiqamah,
                                tidak khianat, berani,  tegas dan sebagainya. Contoh-contoh amalan  etika politik dalam
                                sejarah pemerintahan Islam akan disentuh. Di samping itu penilaian terhadap amalan etika
                                politik semasa juga akan dibincangkan.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menghuraikan persamaan dan perbezaan konsep etika menurut perspektif Islam dan
                                    Barat.
                                2.   Membezakan antara golongan yang bergelar ahli politik dengan penjawat awam.
                                3.   Menganalisa kualiti kepimpinan khususnya  dalam kalangan  ahli  politik  dalam
                                    masyarakat

                                Rujukan
                                1.   Al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri Al-Mawardi (1993),
                                    Adab al-Dunya Wa al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
                                2.   Muhammad al-Ghazali (1970), Khuluq al-Muslim,  Kuwayt: Dar al-Bayan.
                                3.   Murtada al-Zabidi, Muhammad Ibn Muhammad al-Husayni (1989), Ithaf al-Sadah al-
                                    Muttaqin Bi Syarh Ihya'  ‘Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
                                4.   Al-Mawardi, Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri Al-Mawardi (1994),
                                    Adab al-Wazir, al-Ma‘ruf Bi Qawanin  al-Wizarah Wa Siyasah   al-Mulk,  Kaherah  :
                                    Maktabat al-Khanji
                                5.   Sohail H. Hashmi, (2013), Islamic Political Ethics: Civil Society, Pluralism, and Conflict,
                                    Princeton University Press
                                6.   Tariq Ramadhan, (2009) Islamic Ethics and Liberation, Oxford University Press
                                7.   J Miles, SH Hashmi, (2009) Islamic Political Ethics, Civil society, Pluralism and Conflict,
                                    Princeton University Press.

                                Kemahiran Insaniah
                                1.   Kemahiran Komunikasi
                                2.   Etika dan Moral Profesional
                                3.   Kemahiran Kepimpinan

                  IIG2004       PENTADBIRAN ORGANISASI AWAM ISLAM (BM/BI)

                                Bahagian pertama kursus ini akan menjelaskan konsep dan bentuk organisasi awam Islam
                                Malaysia. Penerangan juga meliputi  peranan dan kepentingan yang dimainkan oleh
                                organisasi awam Islam.
                                Bahagian kedua  kursus ini  akan  menjelaskan beberapa isu dan cabaran penting yang
                                dihadapi oleh organisasi awam Islam Malaysia pada masa kini. Topik lain yang turut disentuh
                                ialah mengenai pendekatan-pendekatan yang  perlu dilakukan untuk meningkatkan
                                keberkesanan pengurusan di organisasi awam Islam Malaysia.

                                Hasil Pembelajaran
                                Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                1.   Menghuraikan konsep dan sistem organisasi awam Islam Malaysia.


                                                      79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84