Page 3 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 3

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010

                                          KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
                                            (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2017

                                     PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
                                            (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2017


                         Pada  menjalankan  kuasa  yang  diberi  oleh  Kaedah  25,  Kaedah-Kaedah
                         Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017, Senat Universiti Malaya
                         membuat peraturan-peraturan seperti berikut:


                         1.     NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN

                                (1)    Peraturan-peraturan  ini  dinamakan  Peraturan-Peraturan
                                       Universiti  Malaya  (Pengajian  Ijazah  Pertama)  2017  dan
                                       hendaklah  mula  berkuatkuasa  mulai  Sesi  Akademik
                                       2017/2018.

                                (2)    Peraturan-Peraturan  ini  hendaklah  terpakai  kepada  semua
                                       pelajar  Universiti  Malaya  yang  mengikuti  program  pengajian
                                       ijazah  pertama  mulai  Sesi  Akademik  2017/2018  KECUALI
                                       pelajar  yang  mengikuti  program  pengajian  ijazah  Sarjana
                                       Muda  Perubatan  dan  Sarjana  Muda  Pembedahan  (MBBS),
                                       ijazah  Sarjana  Muda  Pembedahan  Pergigian  (BDS)  dan
                                       Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal).

                                (3)    Walau apapun yang dinyatakan di subkaedah (2), -

                                       (a)      pelajar Sesi Kemasukan 2012/2013 dan sebelumnya
                                                akan      terus     tertakluk     kepada       peraturan
                                                mempertingkatkan  gred  kursus  dan/atau  prestasi
                                                akademik dan syarat Penganugerahan Ijazah seperti
                                                yang  ditetapkan  di  dalam  Peraturan-Peraturan
                                                Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2010.

                                       (b)      pelajar Sesi Kemasukan 2013/2014 hingga 2016/2017
                                                akan  terus  tertakluk  kepada  syarat  Penganugerahan
                                                Ijazah  seperti  yang  ditetapkan  di  dalam  Peraturan-
                                                Peraturan  Universiti  Malaya  (Pengajian  Ijazah
                                                Pertama) 2013.





                                                                22
   1   2   3   4   5   6   7   8