Page 7 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 7

(4)    Kemasukan Pelajar Pemerhati

                                       (a)     Dekan  Fakulti  boleh  menggunakan  budi  bicara  untuk
                                               menerima  masuk  seseorang  calon  sebagai  Pelajar
                                               Pemerhati tertakluk kepada syarat berikut:

                                               (i)    tempoh tidak melebihi daripada dua semester;

                                               (ii)   jumlah  kursus  yang  boleh  diambil  oleh
                                                      seseorang  Pelajar  Pemerhati  tidak  boleh  lebih
                                                      dari  20  kredit  pada  Semester  Biasa  dan  tidak
                                                      boleh lebih dari 10 kredit pada Semester Khas;
                                                      dan

                                               (iii)   kursus  yang  diambil  hendaklah  daripada
                                                      peringkat  pengajian  yang  sama  ataupun  yang
                                                      lebih  rendah  daripada  peringkat  pengajian  di
                                                      universiti  asal  pelajar.  Pelajar  Pemerhati  tidak
                                                      dibenarkan  untuk  mengambil  kursus  daripada
                                                      peringkat  pengajian  yang  lebih  tinggi  daripada
                                                      peringkat pengajian di universiti asal.

                                       (b)    Pelajar Pemerhati yang mendaftar mana-mana kursus
                                              boleh menduduki peperiksaan akhir Universiti.


                         3.     PENDAFTARAN

                                (1)    Pendaftaran Serentak

                                       (a)     Pelajar  tidak  dibenarkan  mendaftar  serentak  untuk
                                               program  pengajian  lain  yang  membawa  kepada
                                               penganugerahan            sesuatu          diploma/ijazah
                                               pertama/ijazah tinggi di Universiti atau di institusi atau
                                               universiti lain.

                                       (b)     Walau  apapun  yang  dinyatakan  di  perenggan  (a)  di
                                               atas,  pelajar  dibenarkan  mendaftar  serentak  dalam
                                               keadaan  di  mana  Universiti  mengadakan  program
                                               kerjasama  dengan  universiti  atau  institusi  lain  yang
                                               membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah.

                                       (c)     Mana-mana       pelajar    yang    didapati    melanggar
                                               perenggan  (a)  di  atas  boleh  ditamatkan  dari  program
                                               pengajiannya  tanpa  pembayaran  balik  yuran  dan
                                               bayaran lain yang telah dibayar.



                                                                26
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12