Page 9 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 9

Penarikan  Diri               Minggu 1 - 2           Minggu 1 - 2        Tidak       Tidak
                      Semester Atas Sebab
                      Program Pertukaran            Minggu 3 - 14          Minggu 3 - 7          Ya        Tidak
                      Pelajar
                      Penarikan Diri                Minggu 1 - 7            Minggu 1-3         Tidak       Tidak
                      Semester Atas Sebab
                      Perubatan                     Minggu 8- 14            Minggu 4-7           Ya        Tidak

                                       (c)     Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (b) di
                                               atas,    Universiti   berhak     menetapkan       tempoh
                                               pendaftaran yang berkenaan.

                                       (d)     Pendaftaran  untuk  mana-mana  kursus  hendaklah
                                               selesai pada minggu kuliah kedua Semester Biasa dan
                                               minggu kuliah pertama Semester Khas.

                                       (e)    Pelajar  yang  tidak  mendaftar  dalam  tempoh  yang
                                              ditetapkan  bagi  semester  berkenaan  akan  direkodkan
                                              sebagai  Tidak  Mendaftar.  Sekiranya    pelajar  tidak
                                              memberi  maklumbalas  sehingga  hari  Jumaat  minggu
                                              kuliah ketujuh, status pelajar akan direkodkan sebagai
                                              Luput dan boleh ditamatkan pengajiannya.

                                       (f)    Pelajar yang ditamatkan berdasarkan perenggan (e) di
                                              atas, boleh membuat rayuan seperti yang ditetapkan di
                                              dalam  peraturan  6(3)(a).  Pelajar  yang  diluluskan
                                              rayuannya  akan  direkodkan  sebagai  Luput  Aktif  pada
                                              semester  berkenaan  dan  hendaklah  mendaftar  pada
                                              semester berikutnya.

                                              Kegagalan  pelajar  menyempurnakan  pendaftaran
                                              kursus dalam tempoh yang ditetapkan pada semester
                                              berikutnya  akan  mengakibatkan  status  pengajiannya
                                              ditamatkan.

                                       (g)     Pendaftaran mana-mana kursus tidak dibenarkan sama
                                               sekali dalam keadaan berikut:

                                               (i)    pendaftaran  selepas  minggu  kuliah  kedua
                                                      Semester  Biasa  dan  minggu  kuliah  pertama
                                                      Semester Khas.

                                               (ii)   pendaftaran secara kebelakang.

                                               (iii)   pendaftaran    setelah    minggu     peperiksaan
                                                      bermula.

                                               (iv)   pendaftaran kursus prasyarat secara serentak.


                                                                28
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14