Page 14 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 14

(v)    Penarikan  diri  dari  kursus  selepas  hari  Jumaat
                                                      minggu  kuliah  keempat  Semester  Biasa  atau
                                                      selepas  hari  Jumaat  minggu  kuliah  kedua
                                                      Semester Khas adalah tidak dibenarkan kecuali
                                                      atas sebab perubatan. Permohonan  hendaklah
                                                      dibuat  kepada  Timbalan  Naib  Canselor  yang
                                                      berkenaan melalui Dekan Fakulti.

                                               (vi)   Permohonan  atas  sebab  perubatan  hendaklah
                                                      disokong  dengan  laporan  perubatan  yang
                                                      dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar
                                                      Klinik  Kesihatan  Pelajar  Universiti/hospital
                                                      kerajaan/Pusat         Perubatan          Universiti
                                                      Malaya/Pusat Perubatan Swasta.

                                               (vii)   Sekiranya  permohonan  diluluskan,  kursus
                                                      berkenaan akan dicatatkan dengan gred W.

                                               (viii)  Sekiranya permohonan tidak diluluskan, pelajar
                                                      dikehendaki  meneruskan  pengajiannya  bagi
                                                      kursus-kursus berkenaan. Pelajar akan diberikan
                                                      gred  F  sekiranya  tidak  menghadiri  kursus,
                                                      mengikuti  semua  aktiviti  pengajaran  dan
                                                      pembelajaran  dan  menduduki  peperiksaan
                                                      (sekiranya ada) pada akhir semester berkenaan.

                                               (ix)   Penarikan  diri  dari  kursus  bagi  mana-mana
                                                      alasan berikut tidak dibenarkan:

                                                      (A)    Prestasi  pelajar  yang  tidak  memuaskan
                                                             bagi mana-mana kursus;

                                                      (B)    Kekurangan  persediaan  bagi  kursus
                                                             berkenaan;

                                                      (C)    Tidak  puas  hati  terhadap  mana-mana
                                                             kursus.

                                               (x)    Penarikan  diri  dari  kursus  adalah  tidak
                                                      dibenarkan  sama  sekali  apabila  tempoh
                                                      peperiksaan semester  berkenaan telah bermula.

                                               (xi)   Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah
                                                      dan  tidak  mengikuti  semua  aktiviti  pengajaran
                                                      dan  pembelajaran  sesuatu  kursus  tanpa
                                                      penarikan  diri  secara  rasmi  akan  diberi  gred  F



                                                                33
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19