Page 12 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 12

(3)    Pertukaran Program Pengajian

                                       (a)     Pelajar yang telah mendaftar program pengajian yang
                                               ditawarkan  tidak  dibenarkan  untuk  menukar  program
                                               pengajiannya.

                                       (b)     Walau apapun yang dinyatakan oleh perenggan (a) di
                                               atas,  dalam  keadaan-keadaan  tertentu  pelajar  boleh
                                               mengemukakan        permohonan       untuk     pertukaran
                                               program  pengajian  kepada  Timbalan  Naib  Canselor
                                               yang berkenaan  selewat-lewatnya pada minggu kuliah
                                               kedua semester kedua pengajiannya.

                                       (c)     Pertimbangan      permohonan       pertukaran    program
                                               pengajian  adalah  tertakluk  kepada  syarat-syarat
                                               berikut:

                                               (i)    hanya  dibenarkan  bagi  pelajar  tahun  pertama
                                                      sahaja    yang     telah   mengikuti     sekurang-
                                                      kurangnya satu semester pengajian;

                                               (ii)   memenuhi syarat khas kemasukan ke program
                                                      pengajian  baharu  yang  dipohon  dan  lain-lain
                                                      syarat yang ditetapkan oleh Universiti;

                                               (iii)   terdapat kekosongan tempat bagi program yang
                                                      dipohon;

                                               (iv)   hanya  dibenarkan  sekali  sahaja  sepanjang
                                                      tempoh pengajiannya di Universiti;

                                               (v)    tidak pernah disabitkan tindakan tatatertib; dan

                                               (vi)   mendapat  perakuan  Dekan  Fakulti  program
                                                      pengajian  asal  dan  persetujuan  Dekan  Fakulti
                                                      yang akan menerima pelajar tersebut.

                                       (d)     Pelajar  yang  diluluskan  untuk  bertukar  program
                                               pengajian  akan  mendaftar  untuk  mengikuti  program
                                               pengajian baharu pada Sesi Akademik yang berikutnya.

                                (4)    Kehadiran Kelas

                                       (a)     Pelajar  diwajibkan  menghadiri  semua  kelas  dan
                                               mengikuti semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                                               Pelajar  yang  tidak  menghadiri  mana-mana  kelas
                                               dikehendaki  memaklumkan  alasan  ketidakhadirannya
                                               kepada  guru  dengan  segera  dengan  menyertakan
                                               dokumen sokongan yang berkaitan.

                                                                31
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17