Page 15 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 15

dan  dicatatkan  dalam  rekod  rasmi  pelajar  bagi
                                                      kursus berkenaan.

                                       (b)     Penarikan diri dari semester

                                               (i)    "Penarikan  diri  dari  semester"  bermakna
                                                      penarikan  diri  dari  kesemua  kursus  yang
                                                      didaftarkan (jika ada) bagi semester berkenaan
                                                      atau  cuti  daripada  menghadiri  kuliah  bagi
                                                      program  pengajian  yang  sedang  diikuti  bagi
                                                      semester berkenaan.

                                               (ii)   Penarikan  diri  dari  semester  dikategorikan
                                                      seperti berikut:

                                                      (A)    Cuti Semester Atas Sebab Peribadi

                                                      (B)    Cuti Semester Atas Sebab Perubatan

                                                      (C)    Cuti  Semester  Atas  Sebab  Program
                                                             Pertukaran Pelajar

                                                       (D)   Cuti Gap Year

                                               (iii)   Pelajar  hanya  dibenarkan  menarik  diri  dari
                                                      sesuatu  semester  selepas  ia  telah  menjalani
                                                      program pengajiannya sekurang-kurangnya satu
                                                      semester  melainkan  atas  sebab  perubatan.
                                                      Walau  bagaimanapun,  penarikan  diri  dari
                                                      semester untuk tujuan mengikuti Cuti Gap Year
                                                      hanya     dibenarkan     selepas    pelajar   telah
                                                      menjalani     sekurang-kurangnya       satu    sesi
                                                      pengajiannya.

                                              (iv)   Penarikan diri dari semester atas sebab peribadi
                                                     hanya  dibenarkan  bagi  tempoh  dua  semester
                                                     sepanjang  tempoh  pengajian  pelajar.    Tempoh
                                                     minimum  bagi  mengikuti  Cuti  Gap  Year  adalah
                                                     selama  satu  semester  biasa  dan  tempoh
                                                     maksimum  adalah  selama  dua  semester  biasa
                                                     yang diambil secara berturut-turut.

                                               (v)    Permohonan  penarikan  diri  dari  semester
                                                      hendaklah  dibuat  kepada  Dekan  Fakulti  dalam
                                                      tempoh  yang  dibenarkan  mengikut  apa-apa
                                                      kaedah yang ditetapkan.



                                                                34
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20