Page 20 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 20

(b)     Pemindahan kredit dengan gred

                                               (i)    “Pemindahan  kredit  dengan  gred”  bermakna
                                                      pemindahan  kredit  bersama-sama  gred  bagi
                                                      kursus  daripada  tahap  kelayakan  yang  sama
                                                      (horizontal)  untuk  pelajar  yang  masih  dalam
                                                      pengajian.

                                               (ii)   Kursus  yang  diluluskan  pemindahan  kredit
                                                      dengan  gred  akan  diberi  gred  yang  telah
                                                      disetarakan dengan skim penggredan Universiti
                                                      dan  kredit  yang  ditetapkan  bagi  kursus
                                                      berkenaan di Universiti.

                                               (iii)   Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred
                                                      bagi  kursus  yang  diluluskan  akan  diambil  kira
                                                      dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kredit
                                                      bagi  kursus  berkenaan  akan  diambilkira  bagi
                                                      tujuan keperluan penyempurnaan pengijazahan.

                                               (iv)   Bagi  maksud  pemindahan  kredit  dengan  gred,
                                                      pelajar  hendaklah  telah  mengikuti  kursus
                                                      terdahulu  dan  mencapai  tahap  kompetensi
                                                      dalam kursus yang dipohon.

                                               (v)    Permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada
                                                      Dekan Fakulti program pengajian tidak lewat dari
                                                      hari  Jumaat  minggu  kuliah  keempat  Semester
                                                      Biasa  berikutnya  menggunakan  kaedah  yang
                                                      ditetapkan  oleh  Universiti.  Permohonan  yang
                                                      diterima  selepas  tempoh  yang  ditetapkan  akan
                                                      dipertimbangkan pada semester berikutnya.

                                       (c)     Pemindahan kredit tanpa gred

                                               (i)    "Pemindahan  kredit  tanpa  gred"  bermakna
                                                      pemindahan  kredit  tanpa  membawa  gred
                                                      terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari -

                                                      (A)    tahap  kelayakan  yang  rendah  (vertical)
                                                             untuk pelajar yang telah tamat pengajian
                                                             dengan jayanya; dan/atau

                                                      (B)    tahap  kelayakan  yang  sama  (horizontal)
                                                             untuk pelajar yang -




                                                                39
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25