Page 18 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 18

(c)     Walau  apapun  yang  dinyatakan dalam perenggan  (a)
                                               dan  (b)  di  atas,  mana-mana  program  pengajian  yang
                                               mempunyai  standard  program  Agensi  Kelayakan
                                               Malaysia  atau  standard  badan  profesional,  program
                                               berkenaan  hendaklah  tertakluk  kepada  pematuhan
                                               keperluan yang ditetapkan.

                                (2)    Tempoh Penyempurnaan Program Pengajian

                                       (a)     Tempoh        minimum       dan      maksimum         bagi
                                               menyempurnakan  sesuatu  program  pengajian  adalah
                                               seperti berikut:

                                        Sistem
                                       Pengajian               Minimum                 Maksimum

                                    Enam Semester         6 Semester Biasa         10 Semester Biasa

                                    Tujuh Semester        7 Semester Biasa         11 Semester Biasa


                                    Lapan Semester        8 Semester Biasa         12 Semester Biasa

                                       (b)     Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (a) di
                                               atas,  Semester  Khas  hendaklah  diambilkira  dalam
                                               tempoh pengajian jika dinyatakan dalam surat tawaran
                                               kemasukan.

                                       (c)     Bagi  Sistem  Pengajian  Tujuh  Semester  dan  Sistem
                                               Pengajian     Lapan     Semester      kecuali    program
                                               pendidikan,  pelajar  boleh  dibenarkan  menamatkan
                                               pengajian dan bergraduat satu semester lebih awal dari
                                               tempoh  minimum  tertakluk  kepada  pelajar  memenuhi
                                               jumlah  kredit  keseluruhan  program  pengajiannya  dan
                                               memenuhi keperluan badan profesional.

                                       (d)     Walau  apapun  peruntukan  yang  dinyatakan  di
                                               perenggan  (c)  di  atas,  seseorang  pelajar  yang
                                               diluluskan  pemindahan  kredit  boleh  menamatkan
                                               pengajian dan bergraduat lebih awal sebelum tempoh
                                               minimum pengajian iaitu:

                                               (i)    Lima  semester  bagi  pelajar  di  bawah  Sistem
                                                      Pengajian     Enam     Semester      dan    Sistem
                                                      Pengajian Tujuh Semester; atau

                                               (ii)   Enam  semester  bagi  pelajar  di  bawah  Sistem
                                                      Pengajian Lapan Semester.

                                                                37
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23