Page 19 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 19

Peruntukan bagi perenggan ini adalah tertakluk kepada
                                               pelajar  memenuhi  jumlah  kredit  keseluruhan  program
                                               pengajiannya  kecuali  bagi  program  pendidikan  dan
                                               yang ditetapkan selainnya oleh badan profesional.

                                (3)    Penawaran dan Penyempurnaan Kursus

                                       (a)     Pengiraan  kredit  bagi  sesuatu  kursus  adalah
                                               berasaskan  beban  sebenar  jam  pembelajaran  pelajar
                                               yang  meliputi  semua  jenis  aktiviti  pengajaran  dan
                                               pembelajaran  yang  diperlukan  untuk  mencapai  hasil
                                               pembelajaran kursus yang ditetapkan. Nilai kredit setiap
                                               kursus  ditetapkan  mengikut  pengiraan  40  jam
                                               pembelajaran nosional bersamaan 1 kredit.

                                       (b)     Penawaran kursus dalam mana-mana semester akan
                                               ditentukan oleh Fakulti.

                                       (c)     Penawaran sesuatu kursus baharu hanya boleh dibuat
                                               setelah mendapat kelulusan Senat.

                                       (d)     Pindaan     kepada     Kod,     Tajuk,    Kredit,    Masa
                                               Pembelajaran Pelajar, Hasil Pembelajaran Kursus dan
                                               Pemberatan  Penilaian  bagi  kursus  sedia  ada  hanya
                                               boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Senat.

                                       (e)     Penawaran  dan  pindaan  sesuatu  kursus  secara
                                               kebelakang adalah tidak dibenarkan.

                                       (f)     Setiap  kursus  yang  ditawarkan  hendaklah  dikendali,
                                               diselesai  dan  dinilai  dalam  satu  semester.  Hanya
                                               kursus-kursus  tertentu  yang  telah  terlebih  dahulu
                                               mendapat  kelulusan  Senat  boleh  dibenarkan  untuk
                                               dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester dan
                                               disempurnakan dalam dua semester berturut-turut.

                                (4)    Pemindahan Kredit

                                        (a)    Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut:-

                                               (i)    Pemindahan kredit dengan gred.

                                               (ii)   Pemindahan kredit tanpa gred.






                                                                38
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24