Page 16 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 16

(vi)   Penarikan diri dari semester selepas hari Jumaat
                                                      minggu  kuliah  ketujuh  Semester  Biasa  atau
                                                      selepas  hari  Jumaat  minggu  kuliah  kedua
                                                      Semester Khas adalah tidak dibenarkan kecuali
                                                      atas    sebab     perubatan/kecemasan/program
                                                      pertukaran  pelajar.  Permohonan    hendaklah
                                                      dibuat  kepada  Timbalan  Naib  Canselor  yang
                                                      berkenaan melalui Dekan Fakulti.

                                               (vii)   Permohonan  penarikan  diri  dari  semester  atas
                                                      sebab  perubatan/kecemasan  atau  atas  sebab
                                                      program  pertukaran  pelajar/Cuti  Gap  Year
                                                      hendaklah disokong dengan  laporan perubatan
                                                      yang  dikeluarkan  oleh  Pengamal  Perubatan
                                                      Berdaftar  Klinik  Kesihatan  Pelajar  Universiti/
                                                      hospital  kerajaan/Pusat  Perubatan  Universiti
                                                      Malaya/Pusat  Perubatan  Swasta  atau  bukti
                                                      dokumentasi berkenaan.

                                               (viii)  Sekiranya  permohonan  diluluskan,  kursus
                                                      berkenaan akan dicatatkan dengan gred W1.
                                                      Pelajar  hendaklah  mendaftar  semula  selepas
                                                      tempoh penarikan diri sesuatu semester.

                                               (ix)   Sekiranya permohonan tidak diluluskan, pelajar
                                                      dikehendaki  meneruskan  pengajiannya  bagi
                                                      kursus-kursus berkenaan. Pelajar akan diberikan
                                                      gred  F  sekiranya  tidak  menghadiri  kursus,
                                                      mengikuti  semua  aktiviti  pengajaran  dan
                                                      pembelajaran dan/atau menduduki peperiksaan
                                                      yang diadakan pada akhir semester berkenaan.

                                               (x)    Pelajar yang berhenti daripada menghadiri kuliah
                                                      sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi
                                                      akan diberi gred F dan dicatatkan dalam rekod
                                                      rasmi pelajar bagi kursus berkenaan.

                                               (xi)   Penarikan  diri  dari  semester  atas  mana-mana
                                                      alasan berikut tidak dibenarkan:

                                                      (A)    Prestasi  pelajar  yang  tidak  memuaskan
                                                             bagi mana-mana kursus;

                                                      (B)    Kekurangan  persediaan  bagi  kursus
                                                             berkenaan;




                                                                35
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21