Page 11 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 11

meluluskan  permohonan  mendaftar lebih  kredit
                                                      tertakluk kepada pelajar:

                                                      (A)    Bukan     dalam     tempoh     pemerhatian
                                                             akademik pada semester berkenaan; dan

                                                      (B)    Mempunyai PNGK tidak kurang daripada
                                                             3.00 pada semester sebelum pendaftaran
                                                             berkenaan.

                                       (m)    Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan (l) di
                                              atas, jumlah kredit maksimum yang boleh didaftar oleh
                                              pelajar dalam satu sesi akademik adalah seperti berikut:

                                               (i)    50  kredit  bagi  pendaftaran  kursus  yang  tidak
                                                      melibatkan Latihan Industri.

                                               (ii)    52  kredit  bagi  pendaftaran  kursus  termasuk
                                                      Latihan Industri.

                                       (n)     Dalam semester di mana pelajar diletakkan di bawah
                                               Tempoh  Pemerhatian  Akademik  menurut  peruntukan
                                               peraturan  5(5)(f),  Peraturan-Peraturan  ini,  pelajar
                                               berkenaan  tidak  dibenar  mendaftar  lebih  daripada  12
                                               kredit bagi Semester Biasa dan 6 kredit bagi Semester
                                               Khas.  Permohonan  untuk  mendaftar  lebih  kredit
                                               hendaklah     dikemukakan       secara     rasmi     untuk
                                               pertimbangan  dan  kelulusan  Dekan  Fakulti  program
                                               pengajiannya.

                                       (o)     Walau apapun yang diperuntukkan oleh perenggan (n)
                                               di  atas,  jumlah  kredit  maksimum  yang  boleh  dipohon
                                               oleh  pelajar  adalah  tidak  melebihi  15  kredit  bagi
                                               Semester Biasa dan 9 kredit bagi Semester Khas.

                                       (p)     Permohonan  untuk  mendaftar  lebih  kredit  hendaklah
                                               dibuat  selewat-lewatnya  pada  akhir  minggu  kuliah
                                               pertama semester berkenaan.

                                       (q)     Walau  apapun  yang  dinyatakan  dalam  subperaturan
                                               (2)(d),  (e),  (f),  (g),  (h),  (l)  dan  (o),  dalam  keadaan
                                               tertentu Timbalan Naib Canselor yang berkenaan boleh
                                               membuat keputusan sebaliknya.






                                                                30
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16