Page 6 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 6

(2)    Syarat-syarat Lain

                                       (a)     Tertakluk kepada keperluan untuk memenuhi syarat am
                                               Universiti seperti yang dinyatakan dalam subperaturan
                                               (1) di atas, calon juga hendaklah memenuhi syarat khas
                                               kemasukan ke program pengajian yang ditetapkan oleh
                                               Senat dari semasa ke semasa.

                                       (b)     Calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran dalam
                                               tempoh  yang  ditetapkan  oleh  Universiti.  Tempoh
                                               sahlaku tawaran kemasukan adalah sepertimana yang
                                               dinyatakan dalam Syarat-Syarat Tawaran Kemasukan.
                                               Selepas  tempoh  berkenaan,  tawaran  tersebut  adalah
                                               luput sekiranya calon gagal melapor diri.

                                (3)    Penangguhan  Pendaftaran  Program  Pengajian  Bagi
                                       Pelajar Baharu

                                       (a)     Penangguhan  pendaftaran  program  pengajian  hanya
                                               boleh dipertimbangkan atas sebab perubatan atau apa-
                                               apa alasan lain yang diterima atas budi bicara Universiti.

                                       (b)     Permohonan  penangguhan  pendaftaran  program
                                               pengajian hendaklah dibuat oleh calon secara bertulis
                                               kepada  Timbalan  Naib  Canselor  yang  berkenaan
                                               dengan  disertakan  laporan  perubatan  atau  dokumen
                                               sokongan yang berkaitan.

                                       (c)     Penangguhan  pendaftaran  program  pengajian  boleh
                                               dibenarkan  untuk  tempoh  tidak  kurang  daripada  satu
                                               semester dan tidak melebihi dua semester sepanjang
                                               tempoh pengajian. Tempoh penangguhan ini tidak akan
                                               diambilkira  sebagai  sebahagian  daripada  tempoh
                                               pengajian yang ditetapkan.

                                       (d)     Tawaran  akan  luput  sekiranya  calon  tidak  juga
                                               mendaftar pada semester yang ditetapkan.

                                       (e)     Calon  yang  dibenarkan  penangguhan  pendaftaran
                                               program pengajian tidak dianggap sebagai pelajar yang
                                               berdaftar  dan  tidak  layak  menggunakan  sebarang
                                               kemudahan yang disediakan oleh Universiti.







                                                                25
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11