Page 4 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 4

2.     SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

                                (1)    Keperluan/Kelayakan Asas

                                       (a)     Setiap calon warganegara  dan Penduduk Tetap  yang
                                               mempunyai  Nombor  Kad  Pengenalan/MyKad  yang
                                               ingin mengikuti program pengajian di Universiti Malaya
                                               hendaklah  memenuhi  syarat  am  Universiti  seperti
                                               berikut:

                                               (i)    Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  dengan
                                                      mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran
                                                      Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian
                                                      Bahasa  Melayu/Bahasa  Malaysia  Kertas  Julai
                                                      dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  (SPM
                                                      2013 dan ke atas).

                                                                              dan

                                               (ii)   Mempunyai salah satu kelulusan berikut:

                                                      (A)    Lulus Matrikulasi Kementerian Pendidikan
                                                             Malaysia  (KPM)/Asasi  Sains  UM/Asasi
                                                             Undang-Undang Kementerian Pendidikan
                                                             Tinggi  Malaysia  (KPTM)/Asasi  UiTM
                                                             (kecuali  Asasi  Undang-Undang)  dengan
                                                             mendapat  sekurang-kurangnya  PNGK
                                                             2.00;

                                                      (B)    Mempunyai  kelulusan  Diploma  atau
                                                             kelulusan  lain  yang  diiktiraf  setaraf
                                                             dengannya  oleh  Kerajaan  Malaysia  dan
                                                             diluluskan oleh Senat Universiti;

                                                      (C)    Lulus  peperiksaan  Sijil  Tinggi  Pelajaran
                                                             Malaysia  (STPM)  dengan  mendapat
                                                             sekurang-kurangnya  PNGK  2.00  dan
                                                             mendapat sekurang-kurangnya:

                                                             (aa)  Gred C (NGMP 2.00) dalam mata
                                                                    pelajaran Pengajian Am; dan

                                                             (bb)  Gred  C  (NGMP  2.00)  dalam  dua
                                                                    mata pelajaran lain;

                                                                             atau



                                                                23
   1   2   3   4   5   6   7   8   9