Page 10 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 10

(h)    Pendaftaran kursus yang mempunyai prasyarat hanya
                                              dibenarkan  setelah pelajar lulus kursus prasyarat yang
                                              ditetapkan  dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya
                                              gred C.

                                       (i)    Pendaftaran  untuk  kursus  Kokurikulum  dibenarkan
                                              selepas  pelajar  telah  menjalani  sekurang-kurangnya
                                              satu Semester Biasa pengajiannya.

                                       (j)     Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan
                                               kod kursus yang didaftar adalah betul. Selepas tamat
                                               tempoh  yang  ditetapkan,  kursus  yang  didaftar  adalah
                                               muktamad dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.

                                       (k)     Pelajar  hendaklah  mendaftar  kursus  berdasarkan
                                               struktur  program  pengajiannya.  Mana-mana  kursus
                                               yang didaftar selain daripada yang ditetapkan di dalam
                                               struktur  program  pengajiannya  tidak  akan  diambilkira
                                               untuk tujuan penyempurnaan pengijazahan.

                                       (l)     Kredit maksimum

                                               (i)    Pelajar  baharu  dihadkan  mengambil  tidak
                                                      melebihi  18  kredit  dalam  semester  permulaan
                                                      bagi  program  pengajiannya  melainkan  jika
                                                      diluluskan oleh Senat.

                                               (ii)   Bilangan  kredit  maksimum  yang  boleh  diambil
                                                      oleh  pelajar  selepas  semester  permulaan
                                                      program  pengajiannya  adalah  20  kredit  pada
                                                      Semester  Biasa  dan  10  kredit  bagi  Semester
                                                      Khas.  Bilangan  kredit  ini  tidak  termasuk  kredit
                                                      kursus yang diaudit.

                                               (iii)   Pelajar  boleh  memohon  secara  rasmi  untuk
                                                      mendaftar  melebihi  20  kredit  dalam  sesuatu
                                                      Semester   Biasa seperti berikut:

                                                        Tahap Pengajian             Jumlah Kredit

                                                       Pertengahan                     22 kredit
                                                       Akhir                           25 kredit

                                               (iv)    Walau    apapun     yang     dinyatakan     dalam
                                                      perenggan  (iii)  di  atas,  Dekan  Fakulti  program
                                                      pengajiannya      boleh    mempertimbang       dan


                                                                29
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15