Page 13 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 13

(b)     Guru bertanggungjawab untuk merekodkan kehadiran
                                               pelajar   bagi     setiap    aktiviti   pengajaran    dan
                                               pembelajaran.

                                (5)    Penamatan Program Pengajian

                                       (a)     Atas sebab perubatan

                                               Pelajar  yang  telah  diluluskan  penarikan  diri  dari
                                               semester atas sebab perubatan selama dua semester
                                               biasa  berturut-turut  boleh  ditamatkan  dari  program
                                               pengajiannya  atas  perakuan  Pengamal  Perubatan
                                               Berdaftar    Klinik  Kesihatan  Pelajar  Universiti/hospital
                                               kerajaan/Pusat  Perubatan  Universiti  Malaya/Pusat
                                               Perubatan  Swasta  setelah  kes  pelajar  tersebut  dikaji
                                               semula oleh Pengamal Perubatan Berdaftar  berkenaan
                                               pada semester yang berikutnya.

                                       (b)     Atas sebab perubatan psikologi

                                               Pelajar  yang  telah  diluluskan  penarikan  diri  dari
                                               semester  atas  sebab  perubatan  psikologi  dan  tidak
                                               mengambil  peperiksaan  akhir  untuk  empat  Semester
                                               Biasa  dan  dua  Semester  Khas  berturut-turut  boleh
                                               ditamatkan  dari  program  pengajiannya  atas  perakuan
                                               Pakar Klinikal Psikologi/Pakar Psikiatri Berdaftar yang
                                               berkenaan.

                                (6)    Penarikan Diri

                                       (a)     Penarikan diri dari kursus

                                               (i)    "Penarikan diri dari kursus" bermakna penarikan
                                                      diri  dari  satu  atau  lebih  kursus  dalam  sesuatu
                                                      semester selepas minggu tambah/gugur.

                                               (ii)   Butiran penarikan diri dari kursus adalah seperti
                                                      yang  dinyatakan  dalam  jadual  pada  peraturan
                                                      3(2)(b).

                                               (iii)   Permohonan      penarikan     diri   dari   kursus
                                                      hendaklah  dibuat  kepada  Dekan  Fakulti  dalam
                                                      tempoh  yang  dibenarkan  mengikut  apa-apa
                                                      kaedah yang ditetapkan.

                                               (iv)   Penarikan diri daripada mana-mana kursus tidak
                                                      dibenarkan  selepas  minggu  kuliah  keempat
                                                      Semester  Biasa  dan  selepas  minggu  kuliah
                                                      kedua Semester Khas.

                                                                32
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18