Page 17 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 17

(C)    Tidak  puas  hati  terhadap  mana-mana
                                                             kursus.

                                               (xii)   Penarikan  diri  dari  semester  adalah  tidak
                                                      dibenarkan  sama  sekali  apabila  tempoh
                                                      peperiksaan semester  berkenaan telah bermula.

                                               (xiii)  Butiran  penarikan  diri  dari  semester  adalah
                                                      seperti  yang  dinyatakan  dalam  jadual  pada
                                                      peraturan 3(2)(b).

                                       (c)     Penarikan diri dari Universiti

                                               (i)    "Penarikan  diri  dari  Universiti"  bermakna
                                                      penarikan diri daripada program pengajian yang
                                                      sedang diikutinya.

                                               (ii)   Penarikan diri hendaklah dibuat secara bertulis
                                                      kepada Timbalan Naib Canselor yang berkenaan
                                                      melalui Dekan Fakulti dan keputusan Universiti
                                                      adalah muktamad.

                                               (iii)   Pelajar  yang  diluluskan  menarik  diri  dari
                                                      Universiti  selepas  hari  Jumaat  minggu  kuliah
                                                      kedua akan:

                                                      (A)    Dikenakan  yuran  pengajian  bagi  kursus
                                                             yang telah didaftarkan; dan

                                                      (B)    Dicatatkan     gred    W2     bagi   kursus
                                                             berkenaan.


                         4.     STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

                                (1)    Struktur Pengajian Ijazah

                                       (a)     Struktur  Pengajian  Ijazah  bagi  setiap  program
                                               pengajian  hendaklah  mengandungi  tiga  komponen
                                               kursus,  iaitu  Kursus  Universiti,  Kursus  Teras  dan
                                               Kursus  Elektif/Minor  yang  ditentukan oleh  Fakulti dan
                                               diluluskan oleh Senat.

                                       (b)     Pemberatan        komponen         kursus      hendaklah
                                               sebagaimana  yang  dinyatakan  di  Jadual  A  kepada
                                               Peraturan ini.



                                                                36
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22