Page 21 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 21

(aa)  telah  tamat  pengajian  dengan
                                                                    jayanya;  atau

                                                             (bb)  tidak  menyempurnakan  pengajian
                                                                    (tidak  termasuk  pelajar    yang
                                                                    ditamatkan      daripada    program
                                                                    pengajian)  tetapi  telah  mencapai
                                                                    tahap  kompetensi  dalam  kursus
                                                                    yang dipohon.

                                               (ii)    Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa
                                                      gred akan diberi gred K dan tidak perlu diganti
                                                      dengan  kursus  lain.  Kredit  tidak  diambil  kira
                                                      dalam  pengiraan  PNG  dan  PNGK  namun
                                                      diambilkira    bagi     tujuan    penyempurnaan
                                                      pengijazahan.

                                               (iii)   Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan
                                                      kredit tanpa gred bagi kursus berikut:

                                                      (A)    Kursus  Universiti  dari  tahap  kelayakan
                                                             yang lebih rendah; dan

                                                      (B)    Kursus  dari  tahap  kelayakan  yang  lebih
                                                             tinggi.

                                               (iv)    Permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada
                                                      Dekan  Fakulti  program  pengajian  dalam  dua
                                                      semester pertama pengajian.

                                       (d)     Pemindahan  kredit  hendaklah  berasaskan  kepada
                                               pemetaan kursus yang diambil terdahulu dengan kursus
                                               yang ditawarkan di Universiti.

                                       (e)     Kebenaran untuk pemindahan kredit bagi perenggan (b)
                                               dan  (c)  di  atas  adalah  tertakluk  kepada  syarat-syarat
                                               berikut:

                                               (i)    Gred  atau  mata  gred  yang  diperolehi  untuk
                                                      kursus  berkenaan  setelah  disetarakan  dengan
                                                      skim penggredan Universiti mestilah tidak kurang
                                                      daripada C atau 2.0;

                                               (ii)   Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai
                                                      kredit yang sama atau lebih selepas penyetaraan
                                                      dengan  nilai  kredit  kursus  yang  ditawarkan  di
                                                      Universiti;


                                                                40
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26