Page 5 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 5

LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU



           Akademi  Pengajian  Melayu  (APM)  telah  ditubuhkan  pada  tahun  1990  hasil  daripada  Laporan  Lembaga  Pengajian  mengenai  Akademi
           Pengajian  Melayu.  Pada  masa  itu,  Akademi  Pengajian  Melayu  memberi  tumpuan  kepada  kegiatan  penyelidikan,  penerbitan,  dan
           pendokumentasian, iaitu sebagai pelengkap kepada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan
           Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung dengan rasminya untuk menjadi
           satu institusi akademi di Universiti Malaya. Kegiatan utama APM terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan, Bahagian
           Penyelidikan  dan Pembangunan.  Bahagian  Pengijazahan terdiri  daripada  Jabatan  Bahasa  Melayu,  Jabatan  Linguistik  Melayu,  Jabatan
           Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sosio-Budaya dan Jabatan Kesenian Melayu. Mulai tahun 2012, Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan
           Kesenian Melayu telah disatukan dari segi pengurusan dan membentuk Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu.  Jabatan Penyelidikan,
           Jabatan Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.




           MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

           Menjadi pusat kecemerlangan Pengajian Melayu dalam penyebaran dan pengayaan ilmu penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan, dan
           kegiatan-kegiatan  akademik  yang  lain,  dan  secara  khusus  meletakkan  sumbangan  Islam  sebagai  asas  penting  demi  memberikan
           sumbangan kepada negara dan kesejahteraan sejagat.





























































                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10