Page 7 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 7
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan ditubuhkan bagi mengendalikan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan penyelidikan,
pendokumentasian dan penerbitan.
Aktiviti Penyelidikan menumpukan perhatian kepada penyelidikan dalam bidang-bidang yang sedia ada dalam Pengajian Melayu, Bahasa
dan Linguistik Melayu, Kebudayaan Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Bahagian ini turut memberi penekanan dan penerokaan beberapa
bidang utama seperti Sejarah Alam Melayu, Politik dan Ekonomi Melayu, Pemikiran dan Falsafah Melayu, Kesenian Melayu, Permodenan
Masyarakat Melayu, Orang Melayu dalam Konteks Sains dan Teknologi, Agama dan Kepercayaan dalam Masyarakat Melayu, Pengajian
Etnik dalam Dunia Melayu dan lain-lain.
Aktiviti Dokumentasi menumpukan kegiatan kepada kerja-kerja pendokumentasian yang merupakan satu usaha yang berterusan, selaras
dengan prinsip-prinsip ilmiah dan kesarjanaan Pengajian Melayu. Kegiatan ini bercorak menyokong dan meningkatkan taraf kesarjanaan
bidang Pengajian Melayu. Pendokumentasian melibatkan kegiatan yang luas yang meliputi pengumpulan manuskrip Melayu, bahan-bahan
tradisi lisan Melayu, kumpulan hasil audio dan visual Melayu, bahan-bahan budaya kebendaan, karya-karya sastera Melayu dan Bibliografi
Melayu.
Aktiviti Penerbitan melengkapi kegiatan-kegiatan penyelidikan dan dokumentasi yang dijalankan. Hasil-hasil penyelidikan, kerja-kerja
dokumentasi, kerja-kerja transliterasi teks dan sebagainya diterbitkan untuk dijadikan rujukan kepada semua lapisan ilmuwan terutamanya
kepada mereka yang berminat dalam bidang Pengajian Melayu.
6