Page 6 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 6

PROGRAM AKADEMIK
                                               DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

           Pada masa ini terdapat empat Program Akademik yang mengendalikan kursus-kursus pada peringkat Ijazah Pertama, iaitu:

              1.  Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional
              2.  Program Sarjana Muda Pengajian Melayu
              3.   Program Sarjana Muda Linguistik Melayu
              4.   Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu


           1.   Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional

                Program  ini  menyediakan  kursus  yang  lebih  menumpukan  pengajian  kepada  korpus  bahasa  Melayu  baku.  Antara  kursus  yang
                ditawarkan  ialah  Bahasa  Melayu  Tinggi,  Tatabahasa  Bahasa  Melayu,  Stilistik  Bahasa  Melayu,  Bahasa  dalam  Komunikasi
                Interpersonal, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Laras Bahasa Melayu, Semantik Leksikal Bahasa Melayu, Analisis Wacana
                Bahasa Melayu, Pembelajaran dan Penguasaan Bahasa Melayu, Leksikografi Bahasa Melayu, Kesantunan Bahasa Melayu, Retorik
                Bahasa Melayu, Bahasa Melayu dan Multimedia, Sistem Ejaan Jawi, Penulisan Bahasa Melayu Profesional, Animasi Kreatif Bahasa
                Melayu, Bahasa dalam Komunikasi Korporat, Penterjemahan Bahasa Melayu, Pembangunan Perisian Kursus Bahasa Melayu dan
                kursus-kursus lain.


           2.   Program Sarjana Muda Pengajian Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada masyarakat Melayu yang mendiami alam Melayu sama ada sebagai majoriti atau minoriti.
                Bidang yang menjadi tumpuan ialah budaya sebagai cara hidup, bahasa sebagai alat komunikasi, kesenian sebagai unsur ekspresif
                dan  kreatif  dan  kesusasteraan  sebagai  pemikiran  aras  tinggi.  Kursus-kursus  yang  ditawarkan  merangkumi  Tamadun  Melayu,
                Pengajian  Melayu  Berteraskan  Islam,  Teori  Pengajian  Melayu,  Dunia  Melayu,  Identiti  Melayu,  Sosiologi  Bahasa,  Sejarah
                Kesusasteraan Melayu, Seni Melayu dan Islam, Industri Kreatif Melayu, Bahasa dan Komuniti Melayu, Pengurusan Sumber Sejarah
                Pengajian Melayu, Pemodenan dan Perubahan Orang Melayu, Ekonomi Melayu, Budaya Politik dan Kepimpinan Melayu. Pendekatan
                yang digunakan adalah bersifat multidisiplin.


           3.   Program Sarjana Muda Linguistik Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada disiplin ilmu linguistik Melayu secara global dan bahasa-bahasa rumpun Austronesia dan
                Alam Melayu. Kursus-kursus yang ditawarkan ialahseperti Pengantar Linguistik Melayu, Pertembungan Bahasa, Morfologi, Sintaksis,
                Kaedah  dan  Teknik  Penterjemahan,  Pragmatik,  Dialektologi,  Kaedah  Penyelidikan  Linguistik,  Leksikologi,  Penulisan  Dokumen
                Khusus,  Linguistik  Bandingan,  Fonologi,  Etnolinguistik,  Psikolinguistik,  Penyelidikan  Linguistik  Lapangan,  Sosiolinguistik,  Aspek
                Linguistik Bahasa Klasik, Sejarah Linguistik, Linguistik dan Budaya, Fonetik, Kompetensi Komunikatif, Linguistik Korpus, Linguistik
                Teks, Semantik, E-Linguistik, Tipologi Bahasa, Sosiologi Bahasa dan Perbandingan Sistem Antara Bahasa.


           4.   Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal dengan penumpuan kepada tiga jurusan utama, iaitu sastera teras dan
                pengajaran sastera pengurusan dan pemasaran sastera; dan sastera kreatif dan penyuntingan sastera. Pemahaman dan penguasaan
                terhadap Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori Sastera, Kritikan Sastera dan genre - genre sastera baik dalam sastera tradisional
                mahupun moden diberikan penekanan. Di samping itu, penumpuan juga turut diberikan kepada kursus-kursus yang bersifat praktikal
                dan profesionalis seperti Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian Sastera, Penulisan
                Kreatif dan Sastera dan Undang-Undang. Program ini juga telah ditambah dengan kursus-kursus baharu sesuai dengan kehendak
                majikan dan pasaran masa kini seperti Kesusasteraan Komunikatif, Penerbitan Kesusasteraan, Penulisan Kesusasteraan Kanak-
                Kanak,  Penulisan  Kesusasteraan  Remaja,  Kesusasteraan  dalam  Pendidikan,  Penulisan  Kreatif  Puisi,  Penulisan  Kreatif  Prosa,
                Kesusasteraan Elektronik dan Pengantar Kesusasteraan Dunia.























                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11