Page 4 - 2 principal
P. 4

Kata alu-aluan pengarah






























             Salam Sejahtera,

             Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi buletin
             VALUES kerana memberi saya ruang dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua
             kata dalam ruangan ini. Sukacitanya saya ingin memperkenalkan buletin VALUES yang julung
             kalinya diterbitkan pada tahun ini. Untuk makluman pembaca yang budiman, VALUES
             merupakan wadah rasmi CITra dalam menyalur dan mengenengahkan segala informasi
             berkaitan aktiviti dan program yang telah dianjurkan oleh pihak CITra. Pemilihan nama
             VALUES menggambarkan dengan jelas aspirasi dan misi yang digalas oleh CITra dalam
             melahirkan graduan yang seimbang, ‘employable’ dan dilengkapi dengan nilai kemanusiaan,
             kemahiran dan pemikiran bersifat global (global mindset).

             Elemen-elemen yang terkandung dalam VALUES amat berkait rapat dengan UM Graduate
             Student Attribute (GSA) iaitu merangkumi V=Valuable Individuals of the society,
             A=Accountable Team Players, L=Life Long Learners, U=Universal Minded Graduates,
             E=Empathetic Leaders dan S=Socially Responsible Citizens. Valuable Individual of the Society
             misalnya merujuk kepada problem solvers yang diinspirasikan oleh kreativiti dan pemikiran
             kritikal manakala Accountable Team Players pula memberi perhatian terhadap etika, sifat
             bertanggungjawab dan kerjasama serta integriti dalam kehidupan seharian. Sementara itu,
             Life Long Learners menekankan pembelajaran secara aktif, celik digital dan sesuai dengan
             perubahan di era baru manakala Universal Minded Graduates pula menekankan komunikator
             efektif yang mampu melahirkan idea dan pandangan yang bersifat global serta mempunyai
             kefahaman ‘glocal’ yang luas.

             Selain itu, VALUES turut mengenengahkan Empathetic Leaders yang merujuk kepada pelajar
             yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, sifat empati dan menghormati perasaan dan
             keperluan insan yang lain. Elemen berikutnya iaitu Socially Responsible Citizens pula
             memfokuskan kepada usaha untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dalam
             menyumbang ke arah kebajikan dan kesejahteraan masyarakat khususnya..








                                                                                                               1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9