Page 6 - 2 principal
P. 6

dari meja editor







             Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah
             nikmat dan kurniaNya, CITra telah berjaya menelusuri tahun 2018 dengan penuh gemilang dan
             menyingkap tabir tahun 2019 dengan penerbitan buletin VALUES yang telah direalisasikan untuk
             keluaran yang pertama. VALUES menjadi medium rasmi bagi meuar-uarkan segala aktiviti dan
             program yang telah dianjurkan oleh pihak CITra. Sepanjang Semester 1, Sesi 2018/2019, pelbagai
             aktiviti dan program telah dijalankan bagi mencapai visi CITra untuk menjadi sebuah pusat bertaraf
             dunia yang berperanan mencungkil potensi dan bakat pelajar serta melahirkan graduan yang
             mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta memiliki nilai-nilai kemanusiaan.

             Di antara segmen utama yang terangkum dalam keluaran pertama ini adalah merangkumi Co-
             Curriculum Carnival (CCC), i-Wacana Citra, The Lost Food Project, University Community
             Engagement (UCE) dan beberapa buah program yang lain. Kesemua aktiviti dan program ini telah
             dilaksanakan dengan penuh jayanya pada tahun 2018. Co-Curriculum Carnival misalnya merupakan
             salah sebuah program besar yang dianjurkan oleh CITra yang melibatkan kesemua pelajar yang
             mengambil kursus kokurikulum yang ditawarkan oleh CITra. Melalui CCC, kemahiran yang dipelajari
             oleh pelajar semasa mereka mengikuti kursus kokurikulum telah ditonjolkan dalam pelbagai acara
             seperti persembahan, pameran, demonstrasi dan mini sukan. Acara-acara ini menjadi platform
             kepada pelajar untuk mengenengahkan bakat terpendam yang dimiliki oleh mereka.

             Selain itu, penghujung tahun 2018 juga menyaksikan sebuah program yang dikenali sebagai Wacana
             Harmoni (i-Wacana Citra) telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang julung kali diadakan ini
             melibatkan penyertaan daripada pelajar bagi kursus GIG1002 Hubungan Etnik dan GIG 1001 TITAS.
             Program ini menjadi platform kepada pelajar untuk mengenengahkan hasil tugasan mereka dalam
             bentuk poster. Di samping itu, Citra turut terlibat dalam beberapa program bersama dengan pihak
             industri. Antaranya ialah seperti Connected Campus Tour 2018 - CEO Talk, STAR Youth
             Entrepreneurship Competition, Kelas Digital Marketing Bersama Malaysia Digital Economy
             Corporation (MDeC) dan Online Marketing Bersama Grocer Mart Singapore. Tidak ketinggalan,
             aktiviti perkongsian ilmu dalam kalangan warga akademik di CITra turut dijalankan.

             Program-program anjuran CITra menjadi lambang kepada usaha pusat ini untuk menjadi sebuah
             pusat yang bertanggungjawab dalam menghasilkan modal insan yang kompeten, berketrampilan dan
             holistik. Sidang editorial amat berharap agar pembaca yang budiman dapat mengambil dan
             memanfaatkan segala input dan maklumat yang dikongsikan dalam buletin ini. Di kesempatan ini, pihak
             editorial ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat  semua pihak yang terlibat secara
             langsung dan tidak langsung dalam menyumbangkan idea dan buah fikiran bagi menjayakan
             penerbitan buletin ini. Tanpa usaha dan komitmen daripada semua pihak, penghasilan dan penerbitan
             buletin ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah dan syabas.


             DR. NOOR AIN BT MAT NOOR
             DR. IRENE YONG SEOK CHING
             DR. FAEZAH KASSIM
             PUAN PUTRI HARLINDA IBRAHIM









                                                                                                                  3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11