Page 5 - 2 principal
P. 5

Secara tuntasnya, elemen-elemen yang diketengahkan dalam VALUES ini menjadi sandaran
             utama CITra dalam mencapai visi untuk menjadi sebuah pusat bertaraf dunia yang cemerlang
             dan dapat mencungkil potensi yang ada dalam setiap diri pelajar serta melahirkan pemimpin
             yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Menggalas tagline “Engaging Hearts and Minds,
             Producing Future Leaders”, CITra begitu komited dalam menghasilkan modal insan yang
             kompeten, berketrampilan dan holistik. Hal ini dijelmakan melalui kursus-kursus yang
             ditawarkan oleh CITra seperti Hubungan Etnik, TITAS, Asas Pembudayaan Keusahawanan,
             Kursus Elektif Luar Fakulti dan kokurikulum yang menjadi taruhan utama CITra dalam
             menerapkan pendidikan yang berteraskan nilai.


             Dalam usaha untuk memastikan para pelajar menghayati nilai-nilai murni dan kemanusiaan,
             kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus di CITra adalah menggunakan ‘experiential
             learning’ dengan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan para pelajar, komuniti, NGO dan
             jaringan industri telah dijalankan. Antara aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh CITra
             adalah seperti program UCE (University Community Engagement), Co-curriculum Carnival dan
             Internship Day. Ini menjadi bukti bahawa CITra begitu berdedikasi dan menggalas
             tanggungjawab yang besar dalam ‘memanusiakan manusia’, melahirkan insan yang mencintai
             satu sama lain, mencintai masyarakat dan seterusnya mencintai negara.

             Dalam edisi VALUES yang pertama ini, pihak CITra amat berbesar hati untuk meuar-uarkan
             beberapa program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh CITra sepanjang Semester 1, Sesi
             2018/2019. Antaranya ialah seperti program The Lost Food Project dan program Creativity
             and Innovation: Design Thinking yang melibatkan pelajar daripada kursus Asas Pembudayaan
             Keusahawanan, program Wacana Harmoni (i-Wacana Citra), University Community
             Engagement, STAR Youth Entrepreneurship Competition dan beberapa lagi program anjuran
             CITra yang dimuatkan dalam edisi ini.

             Diharap dengan penerbitan buletin ini dapat memanfaatkan para pembaca dengan pelbagai
             informasi dan maklumat yang berguna. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
             penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
             dalam menggembleng usaha untuk menjayakan penerbitan buletin yang pertama ini.




             DR. WENDY YEE MEI TIEN
             PENGARAH CITra




















                                                                                                               2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10