Page 415 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 415
5. BENGKEL KAYU
Kakitangan : En. Omar bin Shaari
Bengkel kayu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk menolong pelajar-pelajar dan
kakitangan menghasilkan bahan dan alat bantu mengajar seperti carta, model 3D dan papan pengajaran.
Bengkel juga menyediakan bahan-bahan seperti plywood, softboard, zinc, penggantung carta dan bahan-
bahan mentah lain yang diperlukan.
6. STUDIO TV
Kakitangan : En. Khairy Khalid
Studio TV menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk pengajaran mikro, rakaman daripada
siaran rakaman di dalam dan luar studio dan pengeluaran video. Beberapa rancangan pendidikan yang
dirakamkan ke dalam pita video boleh didapati di Studio TV untuk digunakan bagi tujuan
pengajaran/pembelajaran.
Sila rujuk kepada kakitangan di Studio TV untuk mendapatkan maklumat tentang cara dan syarat-
syarat mengguna kemudahan atau mendapatkan perkhidmatan.
7. MAKMAL MULTIMEDIA
Kakitangan : En. Tun Hairul Farid Ton Hamzah
: En. Azrul Yusuf
Makmal Multimedia menyediakan kemudahan perkakasan serta perisian komputer. Perkakasan yang
terdapat di makmal ini termasuk 15 unit komputer multimedia yang dapat memuatkan seramai 30 orang pelajar,
pencetak, projektor LCD, video-kamera dan pengimbas. Terdapat perisian jenis Macromedia yang boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran-pembelajaran multimedia berinteraktif. Selain daripada itu,
makmal ini juga dilengkapi dengan kemudahan internet. Makmal ini dikhususkan untuk pelajar yang mengambil
kursus dalam teknologi multimedia serta internet. Tujuan makmal ini ialah untuk melengkapkan para pelajar
dengan kemahiran asas multimedia-internet untuk pengajaran-pembelajaran di sekolah.
368