Page 414 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 414
UNIT-UNIT KEMUDAHAN
1. MAKMAL SAINS SERBAGUNA
Kakitangan : En. Azlan Aziz
: En. Mohd Fadzil Ismail
Makmal ini ialah untuk menolong pelajar Kaedah Sains mencapai kemahiran dalam penggunaan
makmal. Alat dan bahan yang perlu digunakan dalam eksperimen dan kerja amali boleh didapati di makmal
ini. Kemudahan bengkel di makmal dikhaskan untuk pelajar membuat alat bagi keperluan pengajaran
mereka. Pelajar yang menggunakan makmal ini mesti mematuhi peraturan keselamatan yang ada. Sekiranya
mereka mendapati alat dan bahan di makmal sukar digunakan, mereka harus meminta pertolongan daripada
kakitangan yang bertugas.
2. MAKMAL MIKROKOMPUTER
Kakitangan : Pn. Anis Amija Amiruldin
En. Mohd Hasri Che Ros
Pn. Norazlina binti Ahmed Nawawi
Unit mikrokomputer dilengkapkan dengan beberapa buah mikrokomputer IBMXT. Unit ini
diadakan untuk menolong pelajar Diploma Pendidikan, Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Pendidikan
untuk mencapai kemahiran menggunakan komputer untuk pendidikan. Unit ini juga digunakan untuk
memproses data penyelidikan pendidikan. Pelajar yang menggunakan komputer di unit ini perlu mematuhi
peraturan yang ada.
3. PERPUSTAKAAN
Kakitangan :
Perpustakaan bertujuan memberikan perkhidmatan maklumat yang diperlukan oleh para pelajar,
pensyarah serta penyelidik dalam bidang pendidikan. Pelbagai jenis bahan boleh didapati khususnya yang
berkaitan dengan bidang pendidikan. Antaranya buku-buku teks sekolah, cadangan penyelidikan, tesis, jurnal-
jurnal pendidikan tempatan, laporan, kertas persidangan, keratan akhbar serta sukatan pelajaran.
4. MAKMAL PENDIDIKAN SENI
Bahagian ini memberi bantuan kepada penuntut-penuntut di Fakulti Pendidikan mendapatkan bahan-
bahan dan menggunakan tempat yang disediakan untuk membuat alat bantuan mengajar untuk persediaan
pengajaran mikro dan latihan mengajar. Kerja-kerja membesarkan peta dan gambar, memotong stirobusa
juga dibuat di sini. Antara bahan-bahan yang boleh didapati di sini: kad manila, kad kotak (dua jenis), cat
warna, berus, alatulis dan lain-lain.
367