Page 82 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 82
3. Kebolehan mengenali dan menghormati sikap kelakuan dan kepercayaan orang lain.
4. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
5. Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
4. PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pembelajaran Berterusan melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan
baru. Keterangan tiga (3) tahap Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat adalah seperti berikut:
Tahap Keterangan:
1. Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
2. Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
3. Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
5. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran
risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Keterangan
empat (4) tahap Kemahiran Keusahawanan adalah seperti berikut:
Tahap Keterangan:
1. Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan.
2. Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
3. Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
4. Kebolehan untuk bekerja sendiri.
6. ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL
Etika dan Moral Profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam
amalan profesional dan interaksi sosial. Berikut adalah keterangan bagi tiga (3) tahap Kemahiran Etika dan
Moral Profesional:
Tahap Keterangan:
1. Kebolehan memahani kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dan amalan profesional.
2. Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika.
3. Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
masyarakat.
82