Page 81 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 81
3. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan
tahap pendengar.
4. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
5. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
6. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
7. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
8. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
2. PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif,
inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan
berlainan. Keterangan tujuh (7) tahap Kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
adalah seperti berikut:
Tahap Keterangan:
1. Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta
membuat penilaian yang berjustifikasi.
2. Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan
menilai perbincangan.
3. Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.
4. Kelebihan berfikir melangkaui batas.
5. Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti kukuh.
6. Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang
diberikan.
7. Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang
baharu.
3. KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Kemahiran Kerja Berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai
latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Keterangan lima (5) tahap Kemahiran Kerja
Berpasukan adalah seperti berikut:
Tahap Keterangan:
1. Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif
bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
2. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli
kumpulan.
81