Page 76 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 76
Rayuan Calon yang Gagal Keluar dari Peperiksaan Kursus dan Kursus Klinikal
48. (1) Calon yang telah gagal keluar dari peperiksaan kursus dan kursus klinikal boleh
mengemukakan rayuan untuk meneruskan pengajian secara bertulis kepada Dekan Fakulti
yang berkenaan dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemberitahuan keputusan
peperiksaannya melalui ketua jabatan masing-masing. Rayuan calon tidak akan
dipertimbangkan sekiranya melebihi tempoh yang dinyatakan.
(2) Rayuan calon akan dikaji dan dipertimbangkan oleh Fakulti. Fakulti akan mengemukakan
perakuan ke Senat untuk kelulusan.
(3) Tertakluk kepada peraturan (1) di atas, rayuan calon yang pernah dipertimbangkan tidak
akan dipertimbangkan semula.
Rayuan Untuk Mengaktifkan Pencalonan
49. (1) Calon yang luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonan, boleh
mengemukakan rayuan untuk meneruskan pengajiannya. Rayuan hendaklah dibuat dalam
borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau
pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti.
(2) Kelulusan untuk mengaktifkan pencalonan hanya boleh diberi sekiranya tempoh peluputan
pencalonannya tidak melebihi dua semester pada satu-satu masa, tertakluk kepada baki
tempoh pencalonan yang masih ada. Calon yang rayuannya diluluskan perlu membayar
denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.
(3) Permohonan untuk mengaktifkan pencalonan yang telah luput melebihi 2 semester berturut-
turut hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor berkenaan untuk
pertimbangan.
Rayuan Untuk Melanjutkan Tempoh Maksimum Pencalonan
50. (1) Calon yang hampir tamat tempoh maksimum pencalonan tetapi masih memerlukan masa
untuk menyiapkan disertasi, boleh mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh
maksimum pencalonannya. Rayuan tersebut perlu dibuat pada semester terakhir sebelum
pencalonan tamat dan hendaklah dibuat dalam boring yang ditetapkan yang boleh didapati
dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh
Universiti atau Fakulti.
(2) Pelanjutan tempoh maksimum pencalonan boleh diberi untuk satu semester sahaja pada
satu-satu masa. Walau apapun peruntukan subperaturan ini, tempoh pelanjutan maksimum
yang boleh diluluskan untuk seseorang calon hendaklah tidak melebihi dua semester.
(3) Permohonan untuk melanjutkan tempoh maksimum pencalonan yang melebihi 2 semester
hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor berkenaan untuk pertimbangan.
76