Page 73 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 73

Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

            43.    Calon hendaklah memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk komponen kursus seperti mana yang
                   diperuntukkan dalam peraturan 41 dan bagi komponen penyelidikan seperti mana yang diperuntukkan
                   dalam peraturan 42. Calon yang tidak memenuhi manamana keperluan komponen adalah dianggap
                   gagal keluar.

            Program Pengajian Secara Kursus Klinikal

            44.    Calon  hendaklah  memenuhi  keperluan  berikut  untuk  tujuan  pengijazahan  bagi  program  pengajian
                   secara kursus klinikal:

                   (1)    Lulus  Peperiksaan  yang  ditetapkan  untuk  program  ijazah  Sarjana  Secara  Kursus  Klinikal
                          berkenaan;

                   (2)    Memenuhi  keperluan  lain  yang  ditetapkan  oleh  Fakulti  jika  ada,  untuk  program  ijazah
                          Sarjana secara Kursus Klinikal berkenaan; dan

                   (3)     Memenuhi keperluan bahasa jika ada, yang ditetapkan untuk program ijazah Sarjana secara
                          Kursus Klinikal berkenaan.


            Penganugerahan Ijazah Dengan Cemerlang

            45.    (1)    Program pengajian secara Kursus

                          Calon  yang  telah  memenuhi  keperluan  pengijazahan  seperti  mana  yang  diperuntukkan
                          dalam peraturan 41 boleh dianugerahkan ijazah Sarjana (Dengan Cemerlang) sekiranya ia─

                          (a)     telah mencapai PNGK terakhir 3.7 dan ke atas; dan

                          (b)    tidak pernah gagal bagi mana-mana kursus; dan

                          (c)    tidak  pernah  mengulang  mana-mana  kursus  dengan  tujuan  mempertingkatkan
                                 gred bagi kursus itu sepanjang tempoh program ijazah Sarjananya; dan

                          (d)    telah  menyempurnakan  program  pengajiannya  dalam  tempoh  tidak  melebihi
                                 empat semester dari tarikh permulaan pendaftaran calon.

                   (2)    Program pengajian secara Penyelidikan

                          Calon layak dianugerahkan Ijazah Sarjana dengan cemerlang sekiranya─

                          (a)    diperakukan cemerlang dalam laporan semua pemeriksa; dan

                          (b)    diperakukan cemerlang oleh Jawatankuasa Pemeriksa; dan

                          (c)    telah disempurnakan dan diserahkan oleh calon untuk peperiksaan dalam tempoh
                                 tidak melebihi empat semester dari tarikh permulaan pendaftaran calon; dan

                          (d)    tidak  pernah  diserahkan  untuk  peperiksaan  semula  menurut  perenggan
                                 33(1)(g)(v);


                                                                                           73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78