Page 69 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 69
Kemasukan Sebagai Calon Peperiksaan
36. (1) Calon tidak dibenarkan mengambil sesuatu peperiksaan dalam mana-mana kursus atau
menyerahkan disertasi untuk pemeriksaan bagi sesuatu program ijazah sarjana kecuali:
(a) Ia telah mendaftar sebagai calon untuk kursus atau kursus kursus yang
ditetapkan untuk program ijazah sarjana berkenaan semasa mengambil
peperiksaan atau telah mendaftar sebagai calon untuk program ijazah sarjana
berkenaan semasa menyerahkan disertasi untuk peperiksaan, mengikut yang
mana berkenaan;
(b) Ia telah membayar yuran yang ditetapkan; dan
(c) Yang mana perlu, Dekan Fakulti telah mengesahkan bahawa calon telah
mengikuti kursus atau kursus kursus berkenaan yang disyaratkan dengan
memuaskan.
Penarikan Diri Dari Peperiksaan
37. (1) Calon yang ingin menarik diri dari peperiksaan mana-mana kursus yang beliau telah
mendaftar dalam sesuatu semester hendaklah memberi notis bertulis kepada Dekan Fakulti
selewat lewatnya dua minggu sebelum mulanya tempoh peperiksaan yang dijadualkan
dalam sesuatu semester dengan memberi sebab sebab untuk penarikan diri itu.
(2) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari peperiksaan mana-mana kursus apabila tempoh
peperiksaan yang ditetapkan pada semester berkenaan telah bermula kecuali dibenarkan
oleh Dekan Fakulti atas alasan luar biasa yang disokong dengan bukti dokumentasi.
(3) Calon tidak boleh menarik diri daripada sesuatu pemeriksaan disertasi apabila disertasi
telah diserahkan untuk peperiksaan.
(4) Apabila calon telah menarik diri dari peperiksaan semua kursus yang beliau telah mendaftar
dalam sesuatu semester, semester itu hendaklah dikira sebagai sebahagian dari tempoh
maksimum pencalonannya. Senat atas perakuan Fakulti boleh meluluskan, atas alasan luar
biasa yang dikemukakan oleh calon, bahawa semester berkenaan tidak dikira sebagai
sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon itu.
Ketidakhadiran Dalam Peperiksaan
38. (1) Calon yang telah mendaftar dan mengikuti sesuatu kursus hendaklah mengambil semua
peperiksaan yang ditetapkan untuk kursus itu selagi calon tidak menarik diri atau dihalang
daripada peperiksaan berkenaan.
(2) Calon yang tidak mengambil sepenuh atau sebahagian sesuatu kursus hendaklah
memberitahu Dekan Fakulti di mana beliau mendaftar untuk program ijazah sarjana
berkenaan secara bertulis dengan memberi sebab tentang ketidakhadirannya. Surat itu
hendaklah dihantar dalam tempoh tujuh hari dari tarikh peperiksaan untuk kursus berkenaan
dan hendaklah disertakan bersama dengan─
(a) laporan perubatan daripada pegawai perubatan berdaftar sekiranya
ketidakhadiran dari peperiksaan kursus itu adalah atas alasan perubatan; atau
69