Page 65 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 65
(b) Mana-mana calon yang diterima masuk semula selepas gagal keluar dan
memperolehi prestasi akademik yang kurang memuaskan dan dianggap gagal
keluar di bawah peraturan-peraturan ini, hendaklah ditamatkan pengajiannya.
(c) Apabila seseorang calon ditamatkan daripada program pengajiannya, notis
penamatan hendaklah dihantar kepada calon oleh Dekan Fakulti di mana calon
mendaftar untuk program pengajian ijazahnya.
(3) Peperiksaan khas
Selain daripada peperiksaan khas bagi tujuan menggantikan gred I yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa, Senat boleh atas perakuan Fakulti berkenaan, meluluskan
peperiksaan khas bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan untuk sesuatu kursus
atas alasan luar biasa. Calon yang diluluskan untuk menduduki peperiksaan khas bagi
sesuatu kursus hendaklah mengambil peperiksaan itu sebelum minggu kedua semester
yang berikut.
(4) Pengurusan markah dan gred
(a) Selepas peperiksaan akhir untuk sesuatu kursus pada akhir setiap semester,
pemeriksa hendaklah menyerahkan markah dan gred kursus kepada Dekan
Fakulti atau Ketua Jabatan di mana calon mendaftar program pengajiannya,
mengikut mana yang berkenaan, yang hendaklah menyemak dan memutuskan
sama ada markah dan gred itu perlu dinilai semula. Markah dan gred asal dan
markah dan gred jika berkenaan, daripada hasilan penilaian semula hendaklah
dibincang di peringkat jabatan untuk mencapai markah dan gred muktamad yang
kemudiannya hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemeriksa melalui
Dekan Fakulti. Markah dan gred muktamad adalah sepertimana yang diluluskan
oleh Jawatankuasa Pemeriksa.
(b) Gred akhir sesuatu kursus selepas peperiksaan akhir pada penghujung setiap
semester hendaklah dipaparkan oleh Fakulti di papan kenyataan.
(c) Institut Pengajian Siswazah Universiti atau mana-mana pusat lain seperti mana
yang ditetapkan oleh Universiti adalah bertanggungjawab untuk menyimpan rekod
rasmi calon dan mengeluarkan kepada setiap calon—
(i) keputusan peperiksaan untuk program pengajiannya; dan
(ii) rekod akademiknya selepas penamatan program pengajiannya.
Penilaian Peperiksaan Program Pengajian Secara Penyelidikan
33. (1) Kaedah penilaian hendaklah seperti berikut:
(a) Kaedah penilaian bagi program pengajian secara Penyelidikan hendaklah melalui
pemeriksaan sebuah disertasi dan peperiksaan viva (jika perlu) mengenai
disertasi tersebut.
(b) Disertasi hendaklah diperiksa, dinilai dan diperakukan oleh setiap pemeriksa sama
ada—
(i) dianugerahkan Lulus dengan Cemerlang, Lulus atau Gagal;
65