Page 62 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 62

(C)    Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya
                                                dari segi memuaskan.

                                         (D)    Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya
                                                dari segi tidak memuaskan.

                                         (E)    Gred  R,  diberi  bagi  kursus  yang  didaftar  oleh  calon  untuk
                                                mengaudit sahaja. Jam kredit tidak akan diberi untuk gred ini.

                                         (F)    Gred W, diberi bagi  kursus di mana calon telah menarik diri
                                                secara rasmi dalam sesuatu semester.

                                         (G)    Gred W1, diberi apabila calon telah menarik diri secara rasmi
                                                daripada sesuatu semester.

                                         (H)    Gred W2, diberi apabila calon telah menarik diri secara rasmi
                                                dari Universiti.

                          (d)    Penentuan prestasi akademik

                                 (i)     Prestasi akademik calon dalam sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG
                                         dan PNGK. PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred
                                         yang  diperolehi  dengan  jumlah  kredit  yang  diambil  dalam  sesuatu
                                         semester.

                                         Berikut adalah contoh bagaimana PNG ditentukan:


                                           Kursus    Gred    Mata      Jam        Jam Kredit x
                                                             Gred      Kredit      Mata Gred

                                           K1         A       4.0       4      4 X 4.0= 16.0
                                           K2        C+       2.3       3      3 X 2.3=   6.9
                                           K3         F       0.0       3      3 X 0.0=   0-0
                                           K4         C       2.0       3      3 X 2.0=   6.0
                                                                      ______   _____________

                                          Jumlah                        13                   28.9
                                                                      ______   ______________

                                                                               PNG  =   28.9
                                                                                               13
                                                                                         =  2.22


                                         PNGK  ditentukan  dengan  membahagikan  jumlah  mata  gred  yang
                                         diperolehi  dengan  jumlah  kredit  yang  telah  diambil  mulai  semester
                                         pertama sehingga semester terkini.

                                 (ii)    Mata gred dan kredit yang diperolehi bagi kursus-kursus yang didaftar
                                         dalam  sesuatu  semester  hendaklah  dimasukkan  ke  dalam  pengiraan
                                         PNG dan PNGK untuk semester itu.

                                                                                           62
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67