Page 67 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 67
disertasi calon oleh Jawatankuasa Pemeriksa selepas menjalani kajian
lanjut.
(ii) Calon yang dirujukkan untuk kajian lanjut boleh diperlukan oleh
Jawatankuasa Pemeriksa untuk menghadiri peperiksaan viva (jika perlu)
mengenai disertasinya untuk kali kedua.
(i) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah berdasarkan laporan
pemeriksa dan prestasi calon semasa viva voce (jika ada) dan seboleh-bolehnya
dicapai melalui sebulat suara. Sekiranya keputusan tidak dapat dicapai, seorang
pemeriksa tambahan boleh dilantik bagi membantu Jawatankuasa Pemeriksa
membuat keputusan.
(2) Pembetulan dan peperiksaan semula disertasi hendaklah seperti berikut:
(a) Calon yang dikehendaki membuat pembetulan minor atau major menurut
peruntukan subperenggan (1)(g)(iii) dan peruntukan subperenggan (1)(g)(iv) di
atas hendaklah menyerahkan disertasinya sebelum tamat tempoh yang ditetapkan
untuk membuat pembetulan tersebut. Sekiranya calon gagal berbuat demikian,
beliau akan dianggap telah gagal dalam peperiksaan disertasinya melainkan
dalam keadaan yang tertentu suatu tempoh lanjutan yang tidak melebihi Sembilan
puluh hari kepada tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Dekan Fakulti.
(b) Calon yang dikehendaki menjalani kajian lanjut menurut peruntukan
subperenggan (1)(g)(v) di atas hendaklah menyerahkan disertasinya sebelum
tamat tempoh yang ditetapkan untuk menjalani kajian lanjut tersebut. Sekiranya
calon gagal berbuat demikian, beliau akan dianggap telah gagal dalam
peperiksaan disertasinya melainkan suatu tempoh lanjutan kepada tempoh yang
ditetapkan itu telah diluluskan oleh Senat atas perakuan Jawatankuasa
Pemeriksa. Bagi maksud perenggan ini, tempoh yang ditentukan akan bermula
sehari selepas tamat tempoh kajian lanjut yang ditetapkan.
(c) Disertasi yang telah diserahkan untuk peperiksaan semula hendaklah dihantar
kepada semua pemeriksa yang berkenaan untuk diperiksa semula dan suatu
laporan baru hendaklah disediakan oleh setiap pemeriksa dan diserahkan
kepada Jawatankuasa Pemeriksa untuk dipertimbangkan.
(d) Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan hendaklah selepas menimbang laporan
pemeriksa, disertasi calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutus dan
memperakukan sama ada disertasi calon dianugerahkan Lulus atau Gagal.
(e) Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (1)(g)(v) tiada calon dibenarkan untuk
menyerahkan disertasinya untuk peperiksaan semula lebih daripada sekali.
(f) Calon yang dikehendaki menyerahkan disertasinya untuk peperiksaan semula
hendaklah meneruskan pendaftarannya sebagai calon dan membayar yuran
pendaftaran berkenaan.
Penilaian Peperiksaan Program Pengajian Secara Kursus Dan Penyelidikan
34. (1) Penilaian peperiksaan untuk komponen kursus bagi ijazah Sarjana secara Kursus dan
Penyelidikan hendaklah menggunapakai peruntukan yang terkandung di bawah peraturan 3
67