Page 71 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 71
(5) Calon tidak boleh─
(a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain ke
dalam atau ke luar dari bilik peperiksaan, atau kecuali mengambil atau
menerimanya daripada pengawas peperiksaan atau yang telah disyorkan oleh
pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;
(b) menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau
gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di
atas mana-mana bahagian tubuh badannya atau di atas pakaiannya; atau
(c) berhubung dengan mana-mana atau orang lain lain semasa sesuatu peperiksaan
melalui apa jua cara; atau
(d) menipu atau cuba menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu atau cuba menipu semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.
(6) Calon tidak dibenarkan merokok dalam mana-mana bilik peperiksaan semasa peperiksaan
sedang dijalankan.
(7) Ketua pengawas dan pengawas hendaklah dilantik daripada guru sepenuh masa dalam
bilangan dan bagi tempoh peperiksaan yang perlu oleh Naib Canselor atau pegawai yang
diberi kuasa oleh Naib Canselor. Ketua pengawas atau pengawas hendaklah menjalankan
tugas tugas pengawasan seperti mana yang ditetapkan.
(8) Ketua pengawas atau pengawas hendaklah melaporkan kepada Naib Canselor, jika pada
pandangan ketua pengawas atau pengawas, timbul kejadian semasa peperiksaan yang─
(a) memerlukan pembatalan atau penangguhan peperiksaan itu; atau
(b) menjadikan peperiksaan itu dijalankan secara tidak betul; atau
(c) menjadikan peperiksaan itu tidak adil kepada mana-mana calon.
(9) Sekiranya kejadian sepertimana yang dinyatakan dalam subperaturan (8) telah dilaporkan,
Naib Canselor boleh mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan wajar termasuk
mengarahkan supaya satu peperiksaan baru diadakan bagi kursus berkenaan dan di mana
perlu, melaporkan keputusan beliau kepada Senat.
(10) Di mana Naib Canselor mempunyai sebab mempercayai bahawa kandungan untuk mana-
mana kertas peperiksaan atau mana-mana maklumat bersabit dengan sesuatu peperiksaan
atau kerja yang dijalankan bersabit dengan sesuatu peperiksaan mungkin telah diketahui
sebelum tarikh dan waktu peperiksaan oleh mana-mana orang selain daripada pemeriksa
atau Jawatankuasa Pemeriksa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pendaftar, ia
boleh mengarahkan penggantungan atau pembatalan kertas peperiksaan atau peperiksaan
berkenaan dan menggantikannya dengan kertas peperiksaan atau peperiksaan baru.
(11) Calon yang didapati memplagiat tugasan atau sebarang kerja bertulisnya yang merupakan
sebahagian daripada penilaian kursus, boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah
Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
71