Page 72 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 72
Kerahsiaan Urusan Peperiksaan
40. (1) Semua urusan yang berkaitan dengan peperiksaan termasuk pelantikan pemeriksa, laporan
pemeriksa dan markah peperiksaan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada mana-
mana pihak kecuali dengan kebenaran.
(2) Semua pihak yang terlibat dalam urusan peperiksaan adalah diwajibkan menandatangani
surat perakuan peperiksaan pada setiap kali peperiksaan diadakan.
BAHAGIAN IX
PENGIJAZAHAN
Program Pengajian Secara Kursus
41. (1) Calon perlu memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program pengajian
secara Kursus:
(a) Mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas;
(b) Menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan untuk
program ijazah Sarjananya;
(c) Memenuhi keperluan Fakulti jika ada, mengenai kursus yang perlu lulus dengan
sekurang-kurangnya dengan gred B; dan
(d) Memenuhi keperluan bahasa seperti mana yang ditetapkan untuk program ijazah
Sarjananya.
(2) Daripada jumlah jam kredit yang diperlukan untuk pengijazahan, sekurangkurangnya dua
pertiga dari jumlah jam kredit yang diperolehi hendaklah dari kursus yang dijalankan oleh
Universiti Malaya.
Program Pengajian Secara Penyelidikan
42. Calon hendaklah memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program pengajian
secara penyelidikan:
(1) Mencapai tahap Lulus dalam peperiksaan disertasinya;
(2) Jika ada atau diperlukan, lulus peperiksaan viva voce dan/atau ujian lain yang ditetapkan;
(3) Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti untuk program ijazah Sarjananya;
(4) Memenuhi keperluan bahasa seperti mana yang ditetapkan untuk program ijazah
Sarjananya.
(5) Memenuhi keperluan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
72