Page 77 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 77

BAHAGIAN XI
                             KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH

            Kemasukan Semula Ke Program Pengajian Ijazah

            51.    (1)    Calon  yang  telah  menarik  diri  dari  program  pengajian  ijazahnya  boleh  memohon  untuk
                          dipertimbangkan  masuk  semula  ke  program  pengajian  ijazah  terdahulu  atau  mana-mana
                          program pengajian ijazah tinggi lain di Universiti.

                   (2)    Calon yang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana secara penyelidikan atau kursus
                          dan penyelidikan yang telah luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonan
                          atau  telah  melampaui  tempoh  maksimum  pencalonan  boleh  memohon  untuk
                          dipertimbangkan  masuk  semula  ke  program  pengajian  ijazah  tertakluk  kepada  syarat  ia
                          hendaklah mengikuti pengajian dalam bidang yang berlainan dan diselia oleh penyelia yang
                          berlainan.

                   (3)    Calon yang mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana secara kursus atau kursus klinikal
                          yang  telah  luput  pencalonannya  kerana  gagal  memperbaharui  pencalonan  atau  telah
                          melampaui tempoh maksimum pencalonan boleh memohon untuk dipertimbangkan masuk
                          semula  ke  program  pengajian  ijazah  tertakluk  kepada  syarat  ia  hendaklah  mengikuti
                          pengajian dalam program yang berlainan.

                   (4)    Calon yang ditamatkan pengajian kerana gagal dalam peperiksaan atau atas alasan selain
                          daripada gagal dalam peperiksaan tidak boleh diterima masuk semula ke program pengajian
                          ijazah atau mana-mana program pengajian ijazah tinggi lain Universiti.


                                               BAHAGIAN XII
                                                   AM
            Kuasa Senat

            52.    Senat  mempunyai  kuasa  untuk  membuat,  membatal  atau  meminda  mana-mana  peraturan  yang
                   menguasai program pengajian ijazah sepertimana yang diperuntukkan di dalam Peraturan-Peraturan
                   ini.  Mana-mana  peraturan  baru,  pembatalan  atau  pindaan  kepada  peraturan-peraturan  tersebut
                   hendaklah diumumkan kepada calon sebelum mulanya sesi akademik calon berkenaan.

            Pematuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya,
            Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti

            53.    Setiap calon adalah tertakluk kepada semua peruntukkan yang dinyatakan di bawah Akta Universiti
                   dan  Kolej  Universiti  1971,  Perlembagaan  Universiti  Malaya,  Statut,  Kaedahkaedah  dan  Peraturan-
                   peraturan  lain  yang  sedia  terpakai  di  Universiti  termasuk  Kaedah-  Kaedah  Universiti  Malaya
                   (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

            Mengaudit Kursus

            54.     (1)    Calon  boleh  mendaftar  untuk mengaudit mana-mana  kursus  setelah  mendapat  kelulusan
                          pensyarah yang mengelola kursus tersebut dan Dekan Fakulti berkenaan.

                   (2)    Dekan Fakulti di mana calon mengaudit kursus hendaklah mengesahkan calon memenuhi
                          syarat minimum lapan puluh peratus kehadiran untuk melayakkan calon diberi gred R bagi
                          kursus yang diaudit dan dicatat dalam transkrip.


                                                                                           77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82