Page 74 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 74

(3)    Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

                          (a)    Calon yang telah memenuhi keperluan pengijazahan untuk ijazah Sarjana secara
                                 Kursus dan Penyelidikan boleh dianugerahkan ijazah Sarjana dengan Cemerlang
                                 sekiranya ia memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam subperaturan (1) dan (2)
                                 di atas bagi komponen kursus dan penyelidikan masing-masing.

                          (b)    Jika calon hanya memenuhi salah satu daripada dua keperluan yang dinyatakan
                                 di  atas  bagi  ijazah  Sarjana  secara  Kursus  dan  Penyelidikan,  calon  tidak  layak
                                 untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana dengan Cemerlang.

                   (4)    Program pengajian secara Kursus Klinikal

                          Calon  yang  telah  memenuhi  keperluan  pengijazahan  seperti  mana  yang  diperuntukkan
                          dalam peraturan 44 boleh dianugerahkan ijazah Sarjana (Dengan Cemerlang) sekiranya ia
                          telah  memenuhi  keperluan  yang  ditetapkan  untuk  program  ijazah  Sarjana  secara  Kursus
                          Klinikal berkenaan.

                                               BAHAGIAN X
                                                 RAYUAN

            Rayuan Untuk Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Kursus

            46.    (1)    Calon  yang  tidak  berpuashati  dengan  keputusan  peperiksaannya  boleh  merayu  untuk
                          semakan  semula  keputusan  peperiksaan.  Rayuan  hendaklah  dibuat  dalam  tempoh  dua
                          minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi maksud perenggan ini,
                          “tarikh  pengumuman  rasmi”  adalah  tarikh  di  mana  keputusan  peperiksaan  dimaklumkan
                          kepada calon oleh Institut Pengajian Siswazah mengikut apa-apa kaedah atau saluran yang
                          ditetapkan oleh Universiti.

                   (2)    Satu  bayaran  atas  kadar  yang  ditetapkan  hendaklah  dikenakan  bagi  memproses  rayuan
                          untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Bayaran itu tidak akan dikembalikan sama
                          ada rayuan berjaya atau tidak.

                   (3)    Rayuan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut
                          Pengajian Siswazah Universiti atau pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti
                          atau  Fakulti  berkenaan.  Borang  yang  telah  diisi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Dekan
                          Fakulti  bersama  dengan  salinan  resit  yang  menunjukkan  bayaran  untuk  rayuan  itu  telah
                          dibuat.

                   (4)    Borang rayuan tidak akan diterima sekiranya ia—

                          (a)    dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di dalam subperaturan (1);

                          (b)    tidak lengkap; atau

                          (c)    dikemukakan tanpa resit bayaran.

                   (5)    Apabila  sesuatu  rayuan  diterima,  Fakulti  hendaklah  meminta  pemeriksa  asal  kursus
                          berkenaan  untuk  menyemak  semula  skrip  jawapan  tersebut.  Dalam  keadaan  tertentu,
                          Dekan Fakulti diberi budi bicara untuk melantik pemeriksa baru jika perlu. Pemeriksa asal
                          dan  pemeriksa  baru,  di  mana  berkenaan,  hendaklah  melaporkan  hasil  semakan  semula


                                                                                           74
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79