Page 70 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 70

(b)    laporan  daripada  pegawai  daerah  atau  pegawai  polis  atau  pegawai  kerajaan
                                 berkenaan sekiranya ketidakhadiran peperiksaan untuk kursus berkenaan adalah
                                 atas alasan perikemanusiaan.

                   (3)    Surat calon bersama dengan laporan seperti mana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a)
                          dan  (b)  di  atas  hendaklah  dibentangkan  dalam mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  dan
                          Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah mengesyorkan sama ada calon diberi Gred I atau Gred
                          F atau peperiksaan khas bagi kursus berkenaan.

                   (4)    Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  boleh  dalam  apa  jua  keadaan,  menimbang  apa-apa
                          permintaan  calon  yang  telah  tidak  menduduki  peperiksaan  untuk  sesuatu  kursus  apabila
                          Jawatankuasa  Pemeriksa  telah  bermesyuarat  untuk  menentukan  keputusan  peperiksaan
                          bagi kursus itu.

                   (5)    Calon  yang  jatuh  sakit  semasa  menduduki  peperiksaan  hendaklah  melaporkan  kepada
                          ketua pengawas atau mana-mana pengawas yang hendaklah menguruskan supaya calon
                          itu  diperiksa  dengan  serta-merta  oleh  Doktor  Kesihatan  Pelajar  Universiti  atau  Pusat
                          Perubatan  Universiti  Malaya  atau  Hospital  Kerajaan.  Laporan  doktor  serta  laporan  ketua
                          pengawas  atau  pengawas  mengenai  kejadian  tersebut,  hendaklah  dikemukakan  kepada
                          Dekan  Fakulti  dengan  seberapa  segera  tetapi  tidak  lewat  daripada  tujuh  hari  dari  tarikh
                          kertas peperiksaan berkenaan.

                   (6)    Calon yang tidak mengambil sepenuh atau sebahagian peperiksaan sesuatu kursus yang
                          didaftar tanpa sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa akan diberi markah
                          sifar bagi sepenuh atau sebahagian kursus itu.

                   (7)    Sekiranya  calon  dikehendaki  oleh  pemeriksa  atau  Dekan  Fakulti  untuk  menyerahkan
                          tugasan  atau  sebarang  kerja  bertulis  bagi  sesuatu  kursus  dalam  satu  tempoh  yang
                          ditetapkan dan calon gagal berbuat demikian, beliau dianggap sebagai telah gagal dalam
                          tugasan  atau  kerja  bertulis  itu  melainkan  pemeriksa  atau  Dekan  Fakulti  membenarkan
                          tempoh lanjutan untuk penyerahan tugasan atau kerja bertulis itu.

            Pengendalian Peperiksaan

            39.    (1)    Calon tidak dibenarkan menghadirkan diri untuk peperiksaan sesuatu kursus lewat dari tiga
                          puluh  minit  selepas  mulanya  peperiksaan  bagi  kursus  itu.  Dalam  keadaan  tertentu  ketua
                          pengawas  boleh  membenarkan  calon  yang  datang  lewat  selepas  tiga  puluh  minit  untuk
                          menduduki  peperiksaan  bagi  kursusnya  sekiranya  ketua  pengawas  berpuashati  dengan
                          alasan dan bukti yang dikemukakan oleh calon berkenaan. Alasan yang diberi oleh calon
                          hendaklah dicatatkan oleh ketua pengawas dalam laporan peperiksaannya dan hendaklah
                          dibentangkan bersama-sama dengan bukti yang dikemukakan oleh calon dalam mesyuarat
                          Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (2)    Calon yang dibenarkan menduduki peperiksaan di bawah peraturan 39(1) tidak akan diberi
                          masa tambahan untuk peperiksaan itu.

                   (3)    Calon  tidak  boleh  meninggalkan  bilik  peperiksaan  sehingga  tiga  puluh  minit  selepas
                          bermulanya  sesuatu  peperiksaan  atau  lima  belas  minit  sebelum  waktu  tamat  sesuatu
                          peperiksaan.

                   (4)    Calon  yang  dibenarkan  oleh  ketua  pengawas  atau  pengawas  untuk  meninggalkan  bilik
                          peperiksaan  atas  alasan  tertentu  hendaklah  diawasi  dari  masa  beliau  meninggalkan  bilik
                          peperiksaan sehingga beliau masuk semula ke bilik peperiksaan.

                                                                                           70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75