Page 68 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 68
(2) Penilaian peperiksaan untuk komponen penyelidikan bagi program pengajian Ijazah secara
Kursus dan Penyelidikan hendaklah menggunapakai peruntukan yang terkandung di bawah
peraturan 33 kecuali bagi subperaturan 33(1)(g) yang perlu menggunakan peruntukan di
bawah.
(a) Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah setelah menimbang laporan pemeriksa,
disertasi calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutuskan dan memperakukan
seperti berikut:
(i) Dianugerahkan Ijazah Sarjana dengan Cemerlang tertakluk kepada
syarat yang ditetapkan seperti mana yang diperuntukkan dalam
peraturan 45(3); atau
(ii) Telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah
tanpa perlu membuat pembetulan; atau
(iii) Telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah
tertakluk kepada calon membuat pembetulan minor sepertimana yang
disarankan oleh pemeriksa dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan dan
disahkan oleh penyelia dan Pemeriksa Dalam; atau
(iv) Dikehendaki untuk membuat kajian lanjut dan mengemukakan
disertasinya untuk pemeriksaan semula dalam tempoh tiga hingga enam
bulan dari tarikh keputusan Senat; atau
(v) Tidak mencapai merit akademik dan diperakukan kepada Senat bahawa
calon telah gagal dalam peperiksaan disertasi dan tidak dibenar
menyerahkan disertasi untuk peperiksaan semula.
Penilaian Peperiksaan Program Pengajian Secara Kursus Klinikal
35. (1) Skim Pemarkahan
(a) Penilaian peperiksaan untuk sesuatu program ijazah Sarjana secara Kursus
Klinikal di Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian hendaklah berdasarkan Skim
Pemarkahan seperti berikut:
Markah Persamaan Gred Makna
75 dan ke atas A+ Lulus Cemerlang
70 – 74 A Lulus Sangat Baik
60 – 69 B Lulus Baik
50 – 59 C Lulus
49 dan ke bawah F Gagal
0 X Tidak hadir peperiksaan
(b) Apa-apa baki pecahan dalam pengiraan markah bagi setiap komponen dalam
peperiksaan berkenaan hendaklah digenapkan kepada angka penuh yang
terhampir.
(2) Selain daripada peruntukan peraturan 35(1) peraturan-peraturan lain mengenai penilaian
bagi program pengajian secara kursus klinikal hendaklah seperti mana yang diluluskan oleh
Senat atas perakuan Fakulti berkenaan.
68