Page 63 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 63

(iii)    Kredit  bagi  sesuatu  kursus  dengan  Gred  C-,  D+,  D  atau  F  akan
                                         dimasukkan  dalam  pengiraan  PNG  dan  PNGK  semester  berkenaan.
                                         Kursus dengan gred ini tidak akan diberikan sebarang nilai kredit.

                                 (iv)    Gred I atau P bagi sesuatu kursus akan diambilkira dalam penentuan
                                         PNG  dan  PNGK  apabila  gred  akhir  bagi  kursus  itu  diperolehi  pada
                                         semester berkenaan yang berikut.

                                 (v)     Gred K, R, S, U, W, W1 dan W2 tidak akan diambilkira dalam penentuan
                                         PNG dan PNGK.

                                 (vi)    Nilai kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred A, A-, B+, B, B-, C+,
                                         C, K dan S. Tiada nilai kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred C-,
                                         D+,  D,  F,  R,  U,  W,  W1  dan  W2.  Bagi  kursus  yang  disyaratkan  lulus
                                         dengan  sekurang-kurangnya  Gred  B,  nilai  kredit  akan  diberi  apabila
                                         calon  telah  mencapai  sekurang-kurangnya  Gred  B  bagi  kursus
                                         berkenaan.

                                         Kursus-kursus dengan Gred I dan P akan diberi nilai kredit apabila gred
                                         akhir melainkan Gred C-, D+, D, F atau U bagi kursus itu diperolehi pada
                                         semester yang berikut.

                                  (vii)    Di mana calon telah mengulang sesuatu kursus, markah dan gred yang
                                         diambilkira dalam penentuan PNGK hendaklah markah dan gred terbaik
                                         yang dicapainya.

                                 (viii)    Mana-mana calon yang telah didapati bersalah di bawah Kaedah 6 atau
                                         Kaedah 8 dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-
                                         Pelajar)  1999  dan  dikenakan  hukuman  di  bawah  Kaedah-Kaedah
                                         tersebut  akan  diberikan  markah  sifar  bagi  skrip  jawapan  berkenaan
                                         melainkan Senat memutuskan sebaliknya.

                          (e)    Keperluan minimum pengajian

                                 (i)     Untuk  memenuhi  keperluan  minimum  pengajian  di  Universiti,  calon
                                         hendaklah  memperolehi  PNG  dan  PNGK  tidak  kurang  daripada  3.0
                                         pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya.

                                 (ii)    Fakulti hendaklah menentukan sebelum semester pertama pada setiap
                                         sesi akademik dan memberitahu awal kepada calon, kursus-kursus yang
                                         ia diwajibkan untuk lulus pada gred-gred minimum yang tertentu.

                                 (iii)    Bagi kursus yang diwajibkan untuk lulus pada gred-gred minimum yang
                                         tertentu, calon hendaklah mengulang mana-mana kursus dengan gred
                                         yang kurang daripada gred minimum supaya calon dapat mencapai gred
                                         minimum  yang  ditetapkan  dalam  tempoh  maksimum  pencalonannya.
                                         Calon yang mencapai gred kurang daripada gred lulus minimum yang
                                         diperlukan  selepas  tiga  kali  percubaan  bagi  sesuatu  kursus  yang
                                         diwajibkan, akan ditamatkan daripada program pengajiannya.

                                 (iv)    Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (ii) dan (iii) dan had tempoh
                                         maksimum pencalonannya, calon yang memperolehi PNGK 3.0 dan ke
                                         atas dalam sesuatu semester—

                                                                                           63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68