Page 61 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 61

Dalam keadaan (B), calon boleh sama ada─

                                                (aa)    menyempurnakan  sebahagian  keperluan  kursus
                                                       berkenaan  selewat-lewatnya  dalam  tempoh  empat
                                                       minggu  dari  tarikh  peperiksaan  asal  kursus
                                                       berkenaan,  atau  empat  minggu  dari  tarikh  akhir
                                                       minggu  peperiksaan,  bagi  kursus  yang  tiada
                                                       peperiksaan  akhir  semester,  atau  dalam  apa-apa
                                                       tempoh  sebagaimana  yang  ditetapkan  oleh
                                                       Jawatankuasa Pemeriksa; atau

                                                (bb)    menyempurnakan  sebahagian  keperluan  kursus
                                                       berkenaan  pada  kesempatan  pertama  dalam
                                                       semester  berikutnya.  Calon  hendaklah  mendaftar
                                                       untuk  mengikuti  kursus  berkenaan  apabila
                                                       ditawarkan  dalam  semester  berikut  yang  terdekat.
                                                       Yuran  tidak  akan  dikenakan  untuk  pendaftaran
                                                       kursus berkenaan dan jam kredit kursus berkenaan
                                                       tidak  akan  diambilkira  dalam  bilangan  jam  kredit
                                                       yang boleh didaftarkan dalam sesuatu semester.

                                 (iii)   Calon akan diberikan markah sifar untuk peperiksaan akhir atau untuk
                                         sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan sekiranya—

                                         (A)    ia  tidak  mendaftar  dan mengambil  peperiksaan  akhir  kursus
                                                berkenaan  apabila  kursus  tersebut  ditawarkan  dalam
                                                semester berikut yang terdekat; atau

                                         (B)    ia  tidak  menyempurnakan  sebahagian  daripada  keperluan  k
                                                ursus  tersebut  pada  kesempatan  pertama  dalam  semester
                                                berikut, mengikut yang mana berkenaan.

                                 (iv)    Markah  yang  dicapai  dalam  peperiksaan  akhir  atau  selepas
                                         menyempurnakan  sebahagian  daripada  keperluan  kursus  berkenaan
                                         seperti yang dinyatakan di atas akan ditambahkan kepada markah bagi
                                         kursus  yang  diberi  Gred  I  supaya  gred  sebenar  bagi  kursus  tersebut
                                         diperolehi.

                                 (v)     Calon  yang  diberi  Gred  I  untuk  sesuatu  kursus  tidak  dibenarkan
                                         mengulang  kursus  berkenaan  dalam  apa-apa  keadaan  sekalipun
                                         sehingga Gred I tersebut digugurkan.

                                 (vi)    Selain  daripada  gred-gred  seperti  yang  ditunjukkan  dalam  Skim
                                         Pemarkahan  dan  dalam  subperenggan  (i)  dan  Gred  I  dalam
                                         subperenggan (ii), gred-gred berikut juga boleh diberikan kepada calon
                                         untuk kursus yang diikutinya:

                                         (A)    Gred  K,  diberi  bagi  kursus  yang  diluluskan  pengecualian
                                                kredit.

                                         (B)    Gred P, diberi bagi kursus yang dijalankan lebih daripada satu
                                                semester.

                                                                                           61
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66