Page 64 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 64

(A)    boleh  mengekalkan  Gred  B-,  C+  atau  C  yang  telah  dicapai
                                                olehnya  untuk  mana-mana  kursus  dan  dianggap  lulus  bagi
                                                kursus tersebut; atau

                                         (B)    mengulang untuk mempertingkatkan Gred yang telah dicapai
                                                dalam mana-mana kursus.

                                 (v)     Calon  yang  memperolehi  PNGK  kurang  daripada  3.0  dalam  sesuatu
                                         semester—

                                         (A)    tidak  boleh  mengekalkan  Gred  B-,  C+  atau  C  yang  telah
                                                dicapai  bagi  mana-mana  kursus  sehingga  calon  telah
                                                mencapai PNGK 3.0 dan ke atas pada mana-mana semester
                                                berikutnya; dan

                                         (B)    boleh  mengulangi  mana-mana  kursus  pada  mana-mana
                                                semester  berikutnya  bagi  mempertingkatkan  PNGKnya
                                                kepada  3.0  dan  ke  atas  tertakluk  kepada  struktur  program
                                                pengajian  yang  diikuti  dan  had  tempoh  maksimum
                                                pencalonannya.

                          (f)    Tempoh pemerhatian akademik

                                 (i)     Mana-mana calon yang memperolehi PNG di bawah 3.0 dalam sesuatu
                                         semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan
                                         dan  diletakkan  di  dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik  dalam
                                         semester biasa berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal sehingga calon
                                         mencapai PNG 3.0.

                                 (ii)     Apabila calon diletakkan dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam
                                         sesuatu  semester,  Dekan  Fakulti  hendaklah  memberikan  amaran
                                         kepada  calon  dan  memaklumkannya  mengenai  status  kemajuannya.
                                         Amaran itu hendaklah mengandungi pernyataan yang jelas tentang apa
                                         yang  dianggap  sebagai  “kemajuan  yang  memuaskan”  dan  apa  yang
                                         calon perlu lakukan untuk mencapainya.

                   (2)    Gagal Keluar

                          (a)    Seseorang  calon  adalah  diputuskan  sebagai  gagal  keluar  daripada  program
                                 pengajiannya sekiranya-

                                 (i)     tidak  mencapai  sekurang-kurangnya  gred  lulus  minimum  bagi  kursus
                                         yang diwajibkan oleh Fakulti selepas tiga kali percubaan;

                                 (ii)    memperolehi PNG kurang daripada 3.0 tetapi  lebih daripada PNG 2.0
                                         bagi tiga  Semester Biasa berturut-turut.

                                 (iii)    memperoleh PNG kurang daripada 2.0 dalam dua Semester Biasa
                                         berturut-turut.




                                                                                           64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69