Page 60 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 60

(c)    Skim pemarkahan

                                 (i)     Penilaian peperiksaan untuk komponen kursus hendaklah berdasarkan
                                         skim pemarkahan seperti berikut:

                                      Markah           Gred       Mata Gred       Maksud

                                   80-100            A           4.0          Cemerlang
                                   75-79            A -          3.7
                                   70-74             B+          3.3          Lulus
                                   65-69            B            3.0

                                   60-64             B-          2.7          Lulus Bersyarat
                                   55-59            C+           2.3
                                   50-54            C            2.0
                                   45-49             C-          1.7          Gagal
                                   40-44            D+           1.5
                                   35-39            D            1.0
                                   < 35             F            0

                                 (ii)    Gred I, diberi apabila—

                                         (A)    calon  tidak  mengambil  peperiksaan  akhir  bagi  manamana
                                                kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan (sakit)
                                                atau perikemanusiaan (simpati) dan gred itu diperakukan oleh
                                                Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan; atau

                                         (B)    sebahagian  daripada  keperluan  kursus  masih  belum
                                                disempurnakan atas alasan di luar kawalan calon yang boleh
                                                diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.

                                         Dalam keadaan (A), calon boleh sama ada─

                                                (aa)    menduduki peperiksaan khas bagi kursus berkenaan
                                                       yang  diadakan  selewat-lewatnya  satu  minggu
                                                       selepas  Jawatankuasa  Pemeriksa  yang  berkenaan
                                                       membuat  keputusannya.  Dalam  keadaan  tertentu
                                                       Dekan  Fakulti  boleh  membenarkan  penangguhan
                                                       tarikh peperiksaan khas tersebut sehingga sebelum
                                                       semester berikutnya bermula; atau

                                                (bb)    menduduki  peperiksaan  bagi  kursus  berkenaan
                                                       apabila  ditawarkan  dalam  semester  berikut  yang
                                                       terdekat  tanpa  perlu  mengikuti  semula  kursus
                                                       tersebut.  Yuran  tidak  akan  dikenakan  untuk
                                                       pendaftaran kursus berkenaan dan jam kredit kursus
                                                       berkenaan  tidak  akan  diambilkira  dalam  bilangan
                                                       jam  kredit  yang  boleh  didaftarkan  dalam  sesuatu
                                                       semester.
                                                                                           60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65