Page 55 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 55
(4) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik mana-mana guru sepenuh
masa Universiti sebagai ahli sesuatu Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat pelantikan
sedemikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin.
(5) Fungsi Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
(a) menimbang keputusan peperiksaan menurut Skim Pemarkahan seperti mana
yang diperuntukkan dan menentukan calon yang telah lulus atau gagal sesuatu
peperiksaan. Di mana cemerlang boleh dianugerahkan, Jawatankuasa Pemeriksa
hendaklah menetapkan calon yang boleh menerima atau diperakukan untuk
penganugerahan sedemikian;
(b) memperakukan kepada Fakulti dan Senat yang mana berkenaan, bahawa calon
yang telah gagal peperiksaan dalam mana-mana kursus dibenarkan mengulang
kursus dan mengambil semula peperiksaan dalam kursus berkenaan atau tidak
dibenarkan mengambil peperiksaan itu dan/atau tidak diterima masuk semula ke
program ijazah Sarjana berkenaan; dan
(c) melaporkan kepada Senat mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan
mutu dan/atau perjalanan sesuatu peperiksaan.
(6) Senat boleh meminda dari semasa ke semasa, peraturan mengenai keanggotaan dan
fungsi Jawatankuasa Pemeriksa.
Program Pengajian Secara Penyelidikan
27. (1) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada—
(a) Dekan Fakulti sebagai pengerusi;
(b) Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab bagi urusan program ijazah Sarjana di Fakulti di mana
Timbalan Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;
(c) seorang Profesor yang dilantik oleh Fakulti;
(d) Ketua Jabatan/penyelaras program Fakulti; dan
(e) dua orang pemeriksa yang pakar dalam bidang berkenaan yang dilantik oleh
Fakulti. Pemeriksa berkenaan boleh terdiri daripada Pemeriksa Dalam atau
pemeriksa luar. Seboleh-bolehnya salah seorang daripada pemeriksa berkenaan
hendaklah seorang pemeriksa luar.
(2) Sekiranya Dekan Fakulti atas apa-apa sebab tidak dapat menjalankan kewajipannya
sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa atau beliau adalah penyelia atau pemeriksa
disertasi calon, Dekan hendaklah melantik seorang professor atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab untuk pascasiswazah bagi menjalankan kewajipannya sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa.
(3) Sekiranya Dekan Fakulti atau Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi atau Timbalan Dekan
bertanggungjawab untuk program Ijazah Sarjana atau Ketua Jabatan atau Penyelaras
program adalah penyelia untuk calon berkenaan, beliau akan menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa atas jemputan dan bukan sebagai ahli Jawatankuasa Pemeriksa.
55